Monday, June 30, 2014

Mula bekerja

Alhamdulillah, kembali semula ke alam pekerjaan. walaupun diarahkan untuk bertugas semula di kolej yang mula2 mama berkhidmat, tetapi tiada masalah bagi mama. life must go on dan kerja itu sbagai amanah yang perlu dilaksanakan.

mama bersyukur kerana telah tamat pengajian walaupun result belum keluar lagi tapi di harap resultnya tidak mengecewakan. minggu lepas mama dah menyiapkan thesis yang perlu dihantar dan minggu ni boleh mula fokus dengan kerja yang diamanahkan. minggu ini kelas belum bermula dan kemasukkan pelajar baharu akan bermula esok.

rutin telah berubah bila mana perlu mengharungi perjalanan yang panjang untuk datang ke tempat kerja. Biasanya mama akan cuba bergerak seawal yang mungkin untuk mengelakkan trafic jammed. apa yang mama harapkan adalah moga perjalanan mama sepanjang perkhidmatan ini berada di dalam keadaan selamat.

Ramadhan telah bermula, menjadi satu cabaran buat mama apabila mula bertugas dalam keadaan travel dan walaupun dalam bulan puasa mama rasa masih bertenaga untuk mengharung perjalanan jauh ni. Suasana baru di tempat kerja dengan environment yang telah berubah dan rakan sekerja yang baru mungkin menjadi satu cabaran untuk mama masa akan datang.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.