Tuesday, September 23, 2014

Perkongsian ilmu

Sekadar ingin meletakkan tazkirah yang di dengar drpd program tv..mungkin ada yang boleh dijadikan panduan...

Bagi maksud tujuan kesusahankita perlu kembali kepada tujuan hidup kita. Allah sangat jelas dlm Quran tentang tujuan ciptaan kita. Apa tujuan kita? Ubudiah (Menyembah)-menjadi hamba kepada Allah.
Kejayaan ?
Apa sahaja yang membawa kita lebih dekat kepada Allah adalah suatu kejayaan, dan apa sahaja yang membawa kita semakin jauh dengan Allah adalah sesuatu kegagalan.

Kesusahan / kesakitan/ kehilangan ?
Kehilangan wang, kebebasan, kesihatan. Contohnya Malcom X, yang kehilangan kebebasan kerana dipenjarakan telah menemui Islam di dalam penjara.
Maka, adakah Kehilangan atau kesusahan itu membawa kita dekat kepada kejayaan atau kegagalan?
Jawapannya : Kejayaan
                Maka adakah kejayaan itu sesuatu perkara yang baik atau tidak baik?
                Jawapannya : Baik untuk dirinya
Ini telah menjadi salah satu kriteria tentang cara kita menilai sesuatu perkara. Adakah ia membawa kita lebih dekat kepada tujuan kita atau lebih jauh daripadanya?

Mengapa perkara tidak baik berlaku kepada orang yang baik?
Kita tiada definisi yag sebenar tentang perkara baik dan buruk.
Saya nak kemukakan alasan kenapa perkara yang tidak baik
                Sabda nabi : “Sungguh menakjubkan urusan orang beriman, semua hal-Nya adalah baik” maksudnya hanya perkara baik berlaku kepada orang yang baik. Perkara yang tidak baik tidak pernah berlaku kepada orang yang baik.
Persoalannya :
Anda mentakrifkan baik dan tidak baik dengan salah kerana anda mentakrifkannya berdasarkan definisi dunia anda.  Jika matlamat anda adalah dunia, maka anda ada definisi yang salah. Apa-apa yang bawa saya dekat dengan dunia saya anggap baik. Jadi mendapat wang selalunya baik walaupun ia membawa saya jauh daripada Allah. Jauhkan diri dari dunia di anggap tidak baik walaupun ia membawa saya lebih dekat dengan Allah.
So, masalahnya ialah mana satu definisi anda tentang baik dan tidak baik? Perkara ini berdasarkan matlamat utama dan tujuan anda.

Ada 3 reaksi apabila seseorang berada di dalam kesusahan:

·         Ini adalah reaksi yang perlu dielakkan oleh seorang yang beriman iaitu “Why me??” , marah dan geram kepada Allah. Ini adalah orang yang marah dan tidak senang hati dengan keputusan Allah. Allah take something from me and I mad. Allah test me and I say it’s not fair.
o   Org yang memberi maklum balas begini ialah tanda bahawa ujian itu mungkin satu hukuman.
o   Org selalu bertanya, “Bagaimana saya tahu jika saya diuji? Satu ujian itu adalah rahmat atau hukuman?” Jawapannya ada kaitan dengan maklum balas anda.Bukan dalam apa yang berlaku tapi dalam maklum balas anda.
o   Jadi dalam kes pertama, rasa marah dan geram ini adalah percanggahan sabar atau kesabaran? Ia tidak patut terjadi reaksi orang beriman.
·         Tahap kedua ialah maklum balas kesabaran. Jika bertindakbalas begini apabila kesusahan, maka ganjarannya ialah seperti sabda nabi saw ‘Penyingkiran Dosa’. Apabila seseorang cuba bersabar ketika dlm kesusahan, ia bukan seuaut yang mudah, tetapi mereka berusaha melakukannya. Maka Allah memberikan ganjaran atas usaha mereka ini. Nabi kata sekiranya seseorang itu berusaha untuk bersabar maka Allah akan beri dia kesabaran.

·         Tahap Redha yang bermaksud puas hati. Maksud redha iaitu ada keamanan dan merasa puas hati dengan keputusan Allah. Itu adalah tahap paling tinggi. Ganjarannya adalah pengangkatan lebih tinggi dalam status di sisi Allah.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.