Tuesday, September 23, 2014

Keindahan

Mama suka mendengar kata-kata Ustazah Yasmin di dalam rancangan The Traveller-Mizz Nina..
Suka juga mama berkongsi apa yang didengar daripada ilmuan tentang agama Islam..mama yang masih mencari ilmu selagi termampu..ingin berkongsi pengisiannya..

Tujuan keindahan ciptaan di dunia ini adalah petunjuk kepada kita untuk sentiasa ingat kepada Allah swt. Ia petunjuk Allah Maha Besar dan Allah itu Keindahan-Nya. Tetapi kadangkala kita terleka dengan keindahan itu. dan kita lupa yang ia cuma sebagai petunjuk. allah SWT telah mencipta sebegitu banyak keindahan di dunia ini. Keindahan itu sebenarnya adalah tujuannya. Namun jika kita terleka dengan ciptaan itu , tujuan itu menjadi sia-sia.

Keindahan di dalam perkahwinan...
Kita kena faham ada perkara yang boleh dilakukan sebelum berkahwin dan ada perkara yang tidak boleh dilakukan selepas berkahwin. Perkara yang boleh kita lakukan sebelum perkahwinan adalah expectation. Apabila kita memasuki alam perkahwinan kita kita tidak boleh tanpa persediaan tetapi mengharapkan kebahagiaan di dalam perkahwinan. From the beginning your expectation must be right.

Dalam perspektif Islan kita tahu kekosongan ini hanya boleh diisi oleh Allah SWT.  Kegembiraan, kita tahu hanya Allah yang boleh menyelamatkan kita. Perkara yang paling penting di dalam perkahwinan yang telah semakin pupus pada zaman ini adalah sikap hormat. Sebagai wanita kadangkala kita ada kesukaran dengan pengertian dengan perkara yang dipanggil rasa hormat tak bersyarat.

Ada buku yang menyatakan tentang keperluan utama bagi seorang isteri adalah DIKASIHI dan keperluan utama lelaki di dalam perkahwinan adalah untuk DIHORMATI.  So, jika salah satu tidak mendapat keperluan utama ini, mereka tidak akan memberi keperluan utama bagi pihak yang satu lagi. Jadi ia akan berkesan apabila lelaki rasa tidak dihormati maka dia tidak akan memberi kasih sayangnya. Dan apabila wanita merasa dia tidak diberi kasih sayang, maka dia tidak akan memberi rasa hormat pada suami. Ia akan menjadi sati kitaran yang berterusan dan menjadi sukar untuk keluar dari kitaran tersebut, Sebab itulah banyak perkahwinan musnah akibat kitaran ini.

KITARAN INI YANG MENYEBABKAN SEBAGAI WANITA, KITA RASA LELAKI INI TIDAK PENYANYANG DAN TIDAK PEDULI, DAN AKIBATNYA KITA MEMBALASNYA DENGAN TIDAK MENGHORMATINYA.

So bagaimana untuk kita keluar dari kitaran ini ?????!!!!!!
Ustazah itu kata, dengan melalui 2 Perkara iaitu KASIH SAYANG DAN RASA HORMAT YANG TIDAK BERSYARAT....

SubahanAllah...moga banyak lagi input yang mama boleh share di sini,,,panduan kita sebagai muslimah sejati...

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.