Monday, May 30, 2016

Birthday Hana

Semalam 29 Mei genap umur hana 1 tahun. Tak sangka masa cepat berlalu..rasanya baharu sahaja mama melahirkan dia..tgk2 dah cukup setahun. Kebetulan minggu ni mama balik kampung, so terus buat makan-makan sebab ramai yang ada kat kampung nih. Baby hana kena usik oleh mak sedara dan sepupu dia.

Actually hana kuat cembeng juga sebab kat kg ni semua jenis cakap kuat2..hahahah...dia takut dan rasa orang marah dia..tu yang cepat sedih so apa lagi jadi mangsa usikan orang lah.
apa pun mama dan papa gembira tengok anak mama membesar dengan sehat dan ceria selalu..moha hana menjadi anak yang solehah, sentiasa disayangi dan menyanyangi, berjaya hidup di dunia dan di akhirat serta teguh imannya..dan berkat hidupnya..amin..love you sayang...

mama suap kek sikit

potong kek dulu ye

bersama papanya

keluargaku

manja kat pak tam dia

Visit Farm in the City

Sabtu lepas mama papa bawa anak-anak jalan2 di Seri Kembangan. Dah lama berhajat nak ke sini untuk anak2 dapat live dgn haiwan2 yang ada di sini..memang pengalaman yang menarik...anak2 lagi lah suka...mama papa. tumpang suka juga..hehehe

actually nak bagi hadiah untuk Hana dah 1 tahun esok..so bawa hana jalan2..tapi dia bukan faham pun..yang penting dia seronok dapat jalan2 naik keta soroang dia tu..

so kita layan gambar jap ek..

burung atas kepala angah

tangkap ikan yang tidak berjaya

banyak ikan nya

burung hantu

penat jalan makan dulu

pintu depan farm

cuba usik haiwan ini

Bagi makan kura-kura besar

Wednesday, May 25, 2016

Marathon ganti puasa

Disebabkan mama bersalin masa bulan puasa so mmg banyak lah harinya nak di ganti..so menjelang Syaaban ni mama kena marathon ganti puasa...boleh tahan juga penatnya..tapi alhamdulillah Allah izinkan mama dapat melaksanakan ibadah ini..hopefully sempat habiskan menjelang ramadhan nanti...insyaAllah...

Sebenarnya masa bersalin kan kak long dan kak ngah pun sama...pendek kata anak perempuan mama semua mama lahirkan time ramadhan lah...hehehehe...itu yg ganti banyak jadinya...setakat hidup mama ni tak pernah lagi tak habis ganti puasa..atau kena bayar fidyah..so itu yg mama cuba juga usahakan untuk kali ini...hopefully dgn izin Allah...mission accomplish...hehehe

My lovely children
Anak-anak adalah kekuatan mama...walau apa dugaan yang datang..tiada yang boleh melemahkan mama bila anak2 sentiasa di sisi.. kalau setakat ganti puasa ni anak mama pun dah faham...so support mama...hehehe... love you all...muaahhh...

Bentang paper

Buat pertama kali mama bentang paper setelah lama habis belajar...last masa present master project jer...kali ni berdebar la pulak..tapi macam  biasa..make it happen..

alhamdulillah tiada masalah yang dihadapai walaupun partner mama tiada di sisi disebabkan masalah kesihatan anaknya yang perlukan perhatian...so i'm alone tapi utk kerja sepanjang seminar tu semua ada..beri jerlah komitmen selagi mampu..walaubagaimana tekanan yang datang pun...hati kawan2 kena jaga..sebab kawan2 la supporters kita..by the way mama manusia biasa..ada masa tak boleh nak kawal emosi..sedih sahaja...mungkin sbb penat atau cara org layan kita..whatever lah.,semua itu isu kecil jer..

luckily seminar klai ni disampaikan oleh YTM Raja Muda Perempuan Perlis...erm..first time jumpa anak raja perlis ni sebab masa konvo maktab perlis dulu..raja dan permaisuri perlis yang sampaikan..kali ni utk seminar merasa la tgk anak dan menantu nya dari dekat..sgt baik dan peramah...

gambar bersama tuanku dan jawatankuasa seminar

sewaktu penyampaian sijil kepada pembentang seminar

bergambar dgn Dato Ketua Pengarah (org BPN)

barisan penerima sijil pembentang dari tuanku
Pengalaman berharga buat mama...jumpa kawan2 lama..seronok juga..walaupun jadual kerja sepanjang seminar ini sgt padat sbb mama pun merupakan AJK seminar..so kena juga bertugas utk 3 hari nih..alhamdulillah semua settle..

Monday, May 9, 2016

Audit di KK

Kuala kangsar daerah yang tak pernah lagi mama jejaki. Atas urusan kerja ni so dapatlah melihat kawasan. Memandangkan kawasan pekan nya tidak begitu besar..so dalam masa sejam jer dah habis explore pekan nih.

Tapi seperti biasa..mercu tanda kalau ke kuala kangsar ade 3 tempat yang mesti dikunjungi... Masjid nya, istana lama yang dah jadi muzium dan MCKK yang terkenal dari dulu..so mama round tengok tempat tuh..cantik bandar ni dan aman jer..

layan gambar jap..



sesekali bekerja sambil tengok tempat orang ni banyak juga ilmu yang diperolehi. Next trip mama ke Perlis...tungguuuu...sebab targetnya hujung tahun ni dah tak perlu nak kuar dah..duk opis jer..senang citer..

Teluk Intan

Hujung bulan dan smepena hari buruh kena balik teluk intan sekejap untuk menghadiri wedding sepupu hubby. Walaupun mama rasa kepenatan sbb minggu ni juga baru balik dari kuala kangsar utk audit kolej, tapi gagahkan juga la demi keluarga suamiku.. nak buat macamana...komitmen family...semua nak kena jaga juga..


alhamdulillah selesai wedding..malam bertolak balik sbb esoknya dah isnin nak antar kak long ke hostel pula..mmg penat sgt rasanya..tapi takpe..sesekali... Tak tahu nak citer ape lagi..yang penting dapat rehat..semua happy..alhamdulillah..

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.