Tuesday, March 22, 2011

KLIA

Bulan ini rasanya dah 2 kali ke KLIA dan sekali lagi hujung minggu ni pula. Kelakar lak rasa sebab setiap hujung minggu ke sana..buat apa?...minggu pertama..hantar mak ngan kak tih dan bang tih gi umrah..tengahari,,ahad malam baru ni adikku Nakiah pulak nak balik Mesir bawah tajaan mains..kul 3 pagi lak tuh terbang..aduih beku duk airport tunggu dia lama2.. hujung minggu ni pulak..mak ngan kak tih dah balik dari umrah...nak pergi lagi tu ke klia.. hehehe..
 Kak long ngantuk sgt,,tidur atas keta adik dia...kul 2 pagi waktu ni.
 angah pun sama..tidur atas keta tolak..mama bawa dua..kul 2 pagi nih
 Dik Yad tidur atas kerusi jer lah..papa leh dukung...sedap tidur..sejukkk..
Sebelum adikku nak masuk ke dalam..dah kul 3 pagi nih..posing jap..

Semoga perjalanan ahli keluarga ku dalam keadaan baik dan selamat sampai ke destinasi..insyaAllah. Bila la mama ngan papa nak gi umrah nih..semoga dimurahkan rezeki..

Wednesday, March 9, 2011

Minggu mesyuarat

Mama suka melabelkan minggu ini adalah minggu mesyuarat..hehehe..sebab banyak sangat meeting yang kena attend...
first meeting e-tech center
second meeting pengurusan
third meeting konvokesyen di jempol
tomorrow meeting puspanita di hulu langat dan last skali
jumaat meeting e-tech semula..huhuhu..
sambungannya meeting konvokesyen lagi skali selasa depan di Bukit Beruang, Melaka...

Topik perbincangan berlainan dan nasib baik mama tak jadi attend bengkel my budget di Nilai Jumaat, Sabtu dan Ahad nih. Kalau fikirkan komitmen tuh nak buat semua, tapi tak terdayo laa...bersederhana dah la..asalkan bekerja..
Masalahnya bila mama nak siapkan minute mesyuarat ni..heheheh..pastu nak prepare untuk peperiksaan kolej lagi 2 bulan nih..kena prepare awal2..maklumlah sesorang buat kerja unit nih..semoga mama mendapat kekuatan untuk menyempurnakan amanah ini.

Monday, March 7, 2011

Balik Kursus

Minggu lepas baru selesai balik kursus.best juga banyak info dapat almaklumlah semuanya berkaitan dengan pengurusan sumber manusia bagi kakitangan awam..banyak tindakan yang boleh diambil dan juga panduan untuk lebih berjaga2 pada masa akan datang.

Thanks a lot to papa hehehe...dapat jaga 3 org anak kita dengan sebaiknya..walaupun hari2 papa suh mama balik la...letih..sian dia...tapi nak buat camne..mama tak larat nak drive hari2 ke kl..dah la kursus sampai malam baru habis..takpelah..anak kita pun ok kan..

tapi mama balik kursus jadi tak sihat la pulak..anak2 pun sama..minggu ini adalah minggu tak sihat sekeluarga..semoga kita semua cepat sembuh.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.