Wednesday, January 28, 2009

Sahabat papa mendapat zuriat

Lokasi: Kg. Chuah, Port Dickson
Tarikh: 26 Jan 2009, jam 1.00 tgh.
Mama ngan papa bergambar dengan baby Uncle Cuaw kawan lama papa dari sekolah sampai la sekarang. Lama juga kawan papa ni nak dapat title papa. Alhamdulillah akhirnya ada juga rezeki cuaw menimang cahaya mata. Entah-entah lepas ni dia lebih laju tambah ahli keluarga. Whatever pun, congratulation dan semoga berbahagia selalu dengan kehadiran baby baru dan isteri tersayang (mai).
Close-up gambar baby dari dekat tapi sian baby lapar nak susu masani. Mama pula excited nak bergambar. Comel dan putih macam mama dia. Shiloh dan kak long pun suka sangat tengok baby ni, asyik cium je kerjanya. Tapi adik tak boleh biar lama-lama takut di gigitnya pulak baby tu.

Machine Auto Car Wash

Cerita kelakar masa mama nak pergi kenduri cukur jambul ke rumah Chuaw kawan baik papa di Kg. Chuah, Port Dickson. Singgah cuci kereta dulu tapi yang auto punya la. Mama seronok sangat tengok aksi anak-anak sebab tak penah masuk dalam machine auto tu lagi. Selalu manual punya cuci je tapi sebab nak pergi kenduri segan pulak kereta Naza papa kotor sangat, dah la warna hitam, kena la cuci sikit.
Proses pertama, free kan gear dan biarkan Neutral la sebab machine tu akan gerakkan kereta sendiri.
Kena tembak dengan snow wash. Adik ngan kakak seronok sangat dia tengok mesin tu buat kerja.Bila dah cuci sabun, baru la masuk mesin lap berbulu ni pulak. Tunggu turn sebab depan ada kereta. Kak long sibuk suruh papanya masuk cepat ke area tu. Kelakar tengok anak-anak mama, sebab selalunya bila papa malas nak cuci sendiri, papa datang sorang-sorang ke sini, tapi kali ini bawa anak-anak.
Moral of the story, lain kali bawak la anak-anak bila nak basuh keta cara malas ni. Mama pun excited juga sebab selalu papa pergi sorang-sorang je. Kereta macam naza ni nak kena ada mood baru rajin nak basuh sebab makan masa la nak mencucinya.

Air Terjun Gunung Ledang, Sagil

Ramai betul pengunjung kat sini. Mama and family sampai, puas juga nak cari tempat kosong. Berpusu-pusu orang datang untuk berkelah di sini. Mungkin sebab cuti raya cina ni, 4 hari, so ramai yang berkhemah sampai ke sini.
Ini masa baru sampai ke lokasi. Tempat berkelah ni di bawah sahaja iaitu kaki gunung ledang dan kalau rajin boleh naik sampai atas la nak tengok air terjun. Tapi mama tak larat nak panjat tinggi-tinggi. Nak bawa barang keperluan lagi, anak lagi. Seronok juga pergi ramai ngan family mertua di PD. Kak long excited sgt nak mandi, pelampung tak lepas di badan tu sampai la dapat terjun dalam air.
Aksi kanak-kanak ribena bermain air sejuk ni. Mama mandi sekejap je sebab tak tahan la. Insyirah sampia biru dah bibirnya, so mama angkat dia naik atas. Kakak je yang lama-lama main ngan sepupunya.
Dah puas mandi, nak makan pula. Tapi sebelum tu posing dulu, tengok muka adik ngan kakak, tak sabar nak makan la tuh...

Friday, January 23, 2009

7 ayat Cinta

Renungan pagi Jumaat nih :
Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.Bismillahhirrahmannirrahim :pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulliah :pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.Insyaallah:jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.Innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.Laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Sabda Rasulullah SAW siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada....

Nabi Muhammad SAW bersabda:


'Barangsiapa yang kesukaran pada menunaikan hajat/cita-citanya maka hendaklah dia memperbanyakkan membaca selawat untukku kerana sesungguhnya selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.'

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillahwaktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillahwaktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktuuntuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikanTuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menujukebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yangmenggetarkan jiwa
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuathidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilaikeberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menujusyurga.

Gerhana Matahari Cincin

Mama jumpa maklumat tentang gerhana yang akan berlaku pada 26 Jan ni (cuti raya cina ni) dan juga birthday member lama (citot). Cuba la tengok fakta tentang gerhana tersebut:



Gerhana Matahari Separa di Malaysia pada 26 Jan 2009

Dalam masa 7 hari lagi, dunia akan menyaksikan sebuah lagi fenomena gerhana matahari, iaitu Gerhana Matahari Annular atau Gerhana Matahari Cincin.
Pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi.

Di dalam kes 26 Januari nanti, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincin kerana pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.

Di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh Bulan.

Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, matahari akan mula kelihatan 'sompek' sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya.
Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan.

Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.

Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit.
Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita.

Monday, January 19, 2009

Seremban Parade

Kak long berbaris dengan kanak-kanak lain tunggu giliran kena interview oleh uncle tu. Suka sangat dia dapat keluar ke depan.
Hari sabtu pergi Seremban Parade bawa kak long jalan-jalan. Adik tak boleh ikut la sebab mama sorang, tak larat nak layan dua2 sekali. Papanya takde sebab ke Terengganu tengok pilihanraya. Suka sangat la papanya pergi tengok event macam tu. Mama tak kisah la asalkan papa happy, mama pun happy. Kak long tengok tarian singa anjuran TM Net N.Sembilan. Bingit betul telinga mama, kak long pun sampai tutup telinga sebab bunyi gendang kuat sangat.
Kak long dapat angpau dan hadiah dari bluehyppo TM Net sebab join aktiviti di pentas. Seronok sangat dia dapat duit raya.
Uncle itu suruh kak long wish Gong Xi Fa Cai. Kena cakap kuat-kuat baru dapat duit raya.
Tarian singa baru nak bermula. Mama nak ajak kak long balik sebab dah lenguh berdiri lama kat situ, tapi kak long suruh tunggu sampai habis. Mama takde beli apa pun cuma beli hand bag sebab hand bag lama dah koyak. So beli je la yang berpatutan itu je yang mampu. Kak long tak lupa beli mainan untuk adiknya dan untuk dia mesti yang best punya. Erm mama bagi je la apa dia nak sebab dah lama tak bawa kak long shopping. Mama ajak beli baju dia tak nak, sebab dia nak mainan je. Elok juga tu, jimat duit mama....hehehehe...

Wednesday, January 7, 2009

Anak Bila di Rumah

Anak beranak ni kalau dah tengok video dalam handphone tu, semua benda dah tak kisah. Mama ambil gambar pun tak perasan. Leka tengok papanya balas sms. Kalau papa dah balik kerja, masing2 nak menepek kat papanya.
Mama bawa kak long makan cendol di pekan PD. Seronok dia makan ngan tisya..
Adik kepenatan bermain sampai terduduk. Lepas tu sambung lari-lari lagi.
Kak long main dengan tisya sementara tunggu mama ngan ibunya beli barang dikedai Zhulian
Papa melambai anak2nya sebelum pergi kerja
Hari ni baru dapat masuk blog semula. Sibuk menguruskan pertukaran sekolah kak long. Mama decide nak stay Seremban 3 , so kak long kena tukar sekolah la. Nasib baik dia suka dan satu lagi masalah pengasuh. Susah betul nak cari area seremban ni. Tapi takpela nasib baik ramai kawan boleh tolong. Harap pengasuh baru ni, sesuai la dengan anak2 mama. Amin.

Peminat Strawberry

Ini kerenah odah iloh bila memakai selipar strawberry nya. Adik pun sama la duduk rumah nak pakai selipar jugak. Mama belikan untuk adik ngan kakak supaya tak gaduh. Kalau tidak masing2 sibuk nak pakai selipar mama. Papa geleng kepala tengok kerenah diaorang.

Adik kakak kusyuk tengok tv sambil selipar tak tanggal tu. Adik kalau nak pakai, mesti minta tolong kakak dia pakaikan. Lepas tanggal bersepah la kat tengah rumah.
Barangan strawberry lain tak dapat nak display, beg, kak long dan lain-lain. Ini bantal yang selalu adik kakak lenyek bila tengok tv. Erm, mama beli dua sebab tak payah berebut. Boleh guna satu sorang.

Muzium Tentera Darat, PD

Cuti hari tu, mama plan nak bawa anak jalan-jalan. Tapi papa kena kerja sepanjang bulan ni, sebab banyak projek behind schedule, so kena settle la sebelum habis bulan 1 ni. Kesian papa, mama nak paksa ajak jalan pun tak sampai hati sebab tahu papa penat. So hari minggu family mama ajak picnic kat Pd. So mama dari rumah terus follow je la dan lepas mandi, mama ajak diaorang singgah kat muzium tentera darat. Selalu tengok promosi dalam tv tapi mama tak berkesempatan pergi sana. Bawa la kak long dengan adik dan nampak excited sgt kak long dapat tengok kapal tentera, kereta kebal dan paling dia suka masuk terowong bawah tanah tu la.

kak long dengan yuyun,, kembar dia la nih..takleh berpisah..
Kalau papa join sekali kan best, tapi nak buat camna. Mama bawa anak2 mama pun kira ok jugak kan???... nanti la bila papa dah free baru kita pergi jalan2. Mama pun sekarang ni dah tak boleh cuti semester, kena apply annual leave la. Sejak tukar skim baru ni, sistem pun baru. Ikut je la apa yang patut.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.