Monday, January 19, 2009

Seremban Parade

Kak long berbaris dengan kanak-kanak lain tunggu giliran kena interview oleh uncle tu. Suka sangat dia dapat keluar ke depan.
Hari sabtu pergi Seremban Parade bawa kak long jalan-jalan. Adik tak boleh ikut la sebab mama sorang, tak larat nak layan dua2 sekali. Papanya takde sebab ke Terengganu tengok pilihanraya. Suka sangat la papanya pergi tengok event macam tu. Mama tak kisah la asalkan papa happy, mama pun happy. Kak long tengok tarian singa anjuran TM Net N.Sembilan. Bingit betul telinga mama, kak long pun sampai tutup telinga sebab bunyi gendang kuat sangat.
Kak long dapat angpau dan hadiah dari bluehyppo TM Net sebab join aktiviti di pentas. Seronok sangat dia dapat duit raya.
Uncle itu suruh kak long wish Gong Xi Fa Cai. Kena cakap kuat-kuat baru dapat duit raya.
Tarian singa baru nak bermula. Mama nak ajak kak long balik sebab dah lenguh berdiri lama kat situ, tapi kak long suruh tunggu sampai habis. Mama takde beli apa pun cuma beli hand bag sebab hand bag lama dah koyak. So beli je la yang berpatutan itu je yang mampu. Kak long tak lupa beli mainan untuk adiknya dan untuk dia mesti yang best punya. Erm mama bagi je la apa dia nak sebab dah lama tak bawa kak long shopping. Mama ajak beli baju dia tak nak, sebab dia nak mainan je. Elok juga tu, jimat duit mama....hehehehe...

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.