Tuesday, June 29, 2010

Penangan World Cup 2010

Papa balik dari South Africa bawalah sikit ole2 kenangan dari sana. Tapi yang pasti jersi bola mesti beli walaupun mahal berganda di sana. Papa tak lupa juga beli jersi bola untuk anak2nya..termasuk babay pun dapat sweater World Cup 2010..erm..ade juga saiz dia ek..mama pun kelakar tgk sebab kecil jer baju tuh. Ntah baper lama la adik boleh pakai..nanti badan dah besar skit tak boleh nak pakai dah.

Kalau hadiah untuk mama, seperti biasalah papa belikan beg dan seutas gelang...cute jer..apa2 hadiah dari papa semuanya mama terima dengan gembiranya..hehehe...
mama baru balik dari kerja..terus anak2 try jersi masing2..baby pun sama jugak la..

Anak2ku telah terpengaruh dengan papanya...huhuhu
Baby macam tahu jer pakai baju baru..suka dia...


Aksi manja anak-beranak nih..mama jadi tukang ambil gambor jer lah..

Thursday, June 24, 2010

Papa balik dr Cape Town

insyaAllah malam ni papa sampai ke KL dari Cape Town setelah dapat tengok game piala dunia tuh..mama harap papa sampai dengan selamat.
Papa call smalam katanya batu permata mahal sgt so mama kata tak payah la beli lagipun kalau musim world cup ni gerenti harga naik berganda2...
apa yang penting papa slamat sampai...mama ngan anak2 menunggu... tercapai juga hajat papa nak tengok world cup...amin

Monday, June 21, 2010

Jalan2 Rompin, Phg

Minggu lepas ke Kuala Rompin, ada Mesyuarat, Seminar dan juga jalan2 bawa family..hehehe..tempatnya memang peace. Anak- pun seronok main laut sebab lautnya tidak dalam dan cantik permandangan. Lega hati mama sebab dapat bawa anak2 jalan-jalan ke sini walaupun abang tak dapat join sebab dia kerja. So mama drive sorang2 bawa mak ngan adik skali untuk teman. Tekun mendengar campur mengantuk...hehehhe

Kak ngah tengah nak main handphone mama..so kita ambil gambar dulu
Masa baru sampai..terus ambil gambar..yuyun pun ikut skali.

Monday, June 14, 2010

Jalan2 Kota Bharu, Klate

Hujung minggu lepas, pergi jalan-jalan ke Kota Bharu. Papa punya idea la nih..sebab mengenangkan nanti papa nak jalan2 jauh..so tak dapat nak bawa anak2 skali..heheheh...anak jer ke..mamanya ape citer..heheheh...

Pagi tadi kul 4 pagi baru sampai Seremban..jau juga perjalanan. Mama keletihanlah..anak2 lagi kesian..tapi nak buat macamana...kena la balik..takkan nak duk klate pulok. Papa lagi teruk la..sebab drive sorang2.. kononnya sampai kat Sg. Besi nak suh mama gilirkan drive..tapi bila dah sampai Sg. Besi papa kata tak payah la mama..rasa tak ngantuk pula..erm..mama apo laei..sambung la tidur...sambil memangku kecil tuh.. Alhamdulillah slamat sampai smula ke Seremban walaupun kul 6.30 pagi dah bangun nak kerja smula.
Seronoknya dapat jalan-jalan walaupun kepenatan dan kepanasan.

Tunggu papa isi minyak..lama sangat ..kita posing dulu..
Tunggu chicken chop tak sampai2 lagik...so ambil gambar dulu..


Adik nak tidurlah mama..penat berjalan-jalan..nak guling2 pulak..

Kita posing dulu sebelum keluar. Ini sebab dua2 dah bersiap dan nak sarapan..so mama kena amik gambar dulu.

Wednesday, June 9, 2010

Jalan-jalan

Cuti sekolah sudah bermula, maknanya aktiviti semakin rancaklah. Mama ngan papa duk pikir mana nak bawa kak long jalan2. Dia cakap cuti skolah nak jalan, boring duduk rumah. Mama papa kerja pulak, so plan nak bawa juga jalan-jalan.

Minggu ni mungkin mama papa bawa anak2 jalan-jalan ke Kelantan. Papa punyaa suggestion lah nih, insyaAllah kalau ada rezeki, ke sana la kami sekeluarga bercuti. hotel pun mama dah booking, memandangkan cuti skolah nih mesti ramai, so kena booking dulu la. Ini sebenarnya plan papa masa mama dalam pantang lagi. Papa kata nak bawa anak2 jalan-jalan lepas mama habis pantang. al maklumlah seronok sgt dapat hero kali nih. So insyaAllah tertunailah hajat papa.

Minggu depan mama ada family day untuk kolej di Rompin, Pahang selama 3 hari. So mama bawa anak2 semua ke Rompin lak bercuti, tapi papa tak dapat cuti so takleh pergi. Maybe mama drive bawa mak mama ngan adik untuk tolong jaga anak2 mama masa kat sana nanti. Lepas balik dari Rompin, papa pulak nak fly to South Africa..ini gara-gara world cup laa... Papa ngan kawan dia memang peraduan so dapat pergi Afrika Selatan tengok world cup. Ermm...rezeki papa lah..seronok dia maklumlah bola mania katakan. Mama cuma doakan papa selamat pergi dan pulang. So seminggu papa takda nanti, mama import mak kampung tolong temankan di Seremban. Mama nak tinggal sorang ngan anak2 tak berani lak rasanya.

Demikianlah slot jalan-jalan mama sekeluarga pada bulan ini..hehehe...

Assalamualaikum, thanks for your comment

Lotih la

Pagi tadi ada peperiksaan so mama lepak kat pejabat lah tunggu exam habis. Lepas pengawas exam hantar semua dokumen, ada gotong-royong di kolej nih. Erm, mama just pakai jubah seluar jerl ah. Takde bawa seluar track pun.

Seronok juga tengok pensyarah agro tuh bancuh tanah untuk tanam pokok. Mama pun blaja la skit2 dan tolong masukkan tanah dalam pasu. Buat kerja tengahari panas so memang cepat berpeluh pastu sakit kepala.

Aduih, mama dah rasa semacam jer berjemur lama-lama tuh, so terus masuk opis, basuh tangan, minum air oren..sedapp.... pastu mama naik bilik mama la. Duduk lama2 depan pc nih bila dah rasa ok skit baru mama mula buat kerja smula.

Tapi bila badan lama tak exercise nih, memang semacam la. Terasa pulak lama x berpeluh, isk tak sihat badan nih. Nak pergi joging pun malas tambahan pula ada anak kecil nih lagi la maleh nak bergerak. Nantilah, bila berkesempatan barulah boleh exercise.

Thursday, June 3, 2010

Flower girl di PD

Gambar ini mama save dari fb mak lang odah iloh nih...anak2 mama jadi flower girl.. tak pernah pun merasa..ini first time..
Kak long ok takda masalah...kak ngah jerlah yang malu2 skit..sebab orang ramai nak tgk pengantin..pastu flower girl kena jalan depan..so tak tentu arah la dia...mama kena stand by kat tepi tuh.. kalau tidak dia tak mahu gerak..





Nasib baik anak2 mama tak meragam...sebab cuaca panas masa nih. By the way..selamat pengantin baru kepada mak lang odah iloh.. semoga berbahagia selalu..amin.

Bila Isteri Menangis

Jika isteri menangis dihadapan mu....
"hargailah ia sebelum terlewat"
jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu beerti dia tidak dapat menahannya lagi....

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hayatmu...
jika kau membiarkannya pergi, dia tidak kembali menjadi dirinya yang dulu..selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia menyanyangimu.
Dia akan menurunkan rasa egonya.

Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu di saat kau terpuruk terlalu dalam....

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jgn menyia-nyiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh ke dalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?

Apakah keistimewaan perempuan ini ?

Di balik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat...

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...

SENYUMANNYA adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya..

PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya...

Dia TERHARU dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang2 yang dikasihinya...

Dia mampu TERSENYUM di sebalik KESEDIHANNYA..

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal...

Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia"...

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.