Thursday, December 29, 2011

Wajah baru..

Wajah ini bertujuan untuk menunjukkan betapa kelegaan melanda di hati untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Tetapi saje lak guba frame perempuan lama tuh..hehehe... versi bertudung la pulak.


Nampak sangat mood tengah baik..boleh edit gambar lagi..padahal nak kena buat report macam2 nih..hehehe,,,

Pengarah Baharu

Alhamdulillah, hari ini Pengarah baharu sudah masuk kolej mama walaupun mantan Pengarah masih ada lagi, tangguh sampai minggu depan. Namun demikian itu tidak menggangu tumpuan kami di kolej kepada pimpinan baharu ini. Mama dan semua staf telah bekerjasama mengubahsuai semula bilik Pengarah untuk dapatkan mood yang baru. Tidak mahu ingat semula kenangan bersama yang lama dan ingin menjadi terus maju pada tahun hadapan bersama kepimpinan yang baharu.

Walaupun pelbagai spekulasi yang timbul kerana ada juga individu yang sibuk nak masuk kolej mama nak jadi Pengarah tapi kami semua di kolej berdoa biarlah pengganti yang terkini ini kekal dan tiada pertukaran lagi.

Semoga allah memberi ketenangan dan kesejahteraan kepada semua staf di kolej mama dan menjadi penjawat awam yang lebih baik pada masa akan datang..yeeehhhhhaaaaaa...

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.