Wednesday, September 30, 2009

Happy Birthday Kak Long

Hari ini 30.09.09 adalah 6th birthday for kak long. Mesti dia lupa sebab dari minggu lepas sibuk tanya "mama birthday odah bila?" so mama cakap "minggu depan, hari Rabu, nanti mama beli kek untuk kak long, ok??".

Pagi tadi mama dah kelam kabut bangun lambat so lupa nak wish birthday dia, padahal pagi tadi lepas solat mama dah teringat nak wish kat dia. Erm takpela balik nanti mama buat surprise sebab mama dah minta papa tolong belikan kek untuk dia. Kebetulan papa pun balik awal sikit tapi bukan sebab apa pun, papanya nak pergi Bagan Pinang pulak. Sibuk jer dia dengan persiapan pilihanraya ni macam dia nak bertanding. Mama pun tak faham tapi kalau tanya banyak kang dia kata " tak payah ambil tahu sangat, mama kerja gomen..duk diam2 jer lah"..hehehe.. mama pun maleh la nak tanya lagi...

Tapi yang penting mesti celebrate birthday kak long, nanti sedih dia sebab mesti dia teringat masa celebrate adik dia punya birthday 09.09.09 hari tuh. Erm tu la dia kalau dah faham sangat konsep sambut birthday nih. Bulan yang sama so masih fresh lagi ingatan dia dengan birthday adiknya. Semoga kak long menjadi anak yang solehah dan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat, amin.

Monday, September 28, 2009

Jamuan Raya bersama Menteri KPTM

Hari ini merupakan hari pertama mula bekerja selepas seminggu bercuti raya. Kalau ikutkan penyakit malas tu memang ada sebab lama sangat bercuti tapi life must go on..mana nak cari duit kalau tak kerja kan??... Actually mama pun tak sihat since yesterday. Balik ke Seremban terus tidur jer sampai malam sebab kepala sakit sangat macam demam rasanya. Nasib baik papanya rajin tolong masak simple2 jer utk anak2 makan dan mama pun jamah la sikit untuk isi perut. So today, mama rasa segar sikit so bolehlah pergi kerja.

Kebetulan hari ni ada jamuan raya bersama Datuk Khalid Nordin di pejabat mama beroperasi sementara ni. Tapi sebab ada kerja yang belum diselesaikan, mama tak dapat nak join majlis tersebut secara keseluruhan. Mama just turun bawah masa jamuan makan jer..hehehe..waktu makan takleh tinggal...

Makanan memang banyak dan menyelerakan tapi sebab tekak mama ni meragam, selsema lagi so just makan untuk rasa jer lah jangan kempunan. Lepas selesai makan, mama terus naik surau dan baring sekejap. Keletihan pulak rasanya dan bila dah dekat kul 2 petang, mama solat dan masuk opis semula. Ingatkan nak pergi Mines sekejap nak top-up touch n go tapi rasa maleh pulak. So masuk je la pejabat dulu kalau rajin kang minta izin bos kuar kejap. Kerja untuk hari pertama ni pun dah settle so boleh la tengok2 apa-apa yang patut. Nasib baik mama tak ikut bos pergi Seremban, tadi bos ajak juga tapi mama kata mama bawa keta so maleh la nak ulang-alik ke sana semula. Tak larat acik wei..nak ke hulu hilir dah la badan tak sihat sangat. Ini pun balik nanti nak drive patang2 ni mesti mengantuk tengah2 highway nih.. moga2 selamat dijalan raya nanti..insyaAllah.

Sunday, September 27, 2009

Pak Tam Odahiloh bertunang

Hari Rabu iaitu raya ke keempat mama sekeluarga bertolak ke Kota Bharu sebab pak tam odahiloh nak bertunang pulak. Jumpa orang jauh so pergi merisik dan bertunang terus la. Penat juga rasa badan sebab sibuk beraya pastu bertolak ke pantai timur dan nasib baik ada rumah yang boleh ditumpangi.
Masa pergi mama sekeluarga bermalam di rumah sahabat family mama di Permaisuri, so pagi2 bersiap untuk ke Kota Bharu dalam sejam setengah jer. Mama cuba contact member mama tapi dia pulak takde rumah so takde rezeki la nak jumpa. Bila settle majlis bertunang, jalan2 ke kota bharu jap, tapi crowded sangat,. Ramai orang sangat penat menempuh jammed di bandar tu.

Bila balik ke NS mama singgah rumah sahabat mama, zira, di ganu, thanks a lot my friend. Lepas kul 11 lebih baru bertolak balik dan sampai kampung dalam waktu subuh la. Keletihan seharian tidur je kat rumah.Tunang pak tam bergambar bersama mak dah wan saudara odahiloh.
Selesai majlis sarung cincin, so berdoala sikit mohon keberkatan.
Adat orang sana lelaki pun merasa sarung cincin. untung pak tam dapek cincin gak. Alhamdulillah semuanya settle. Next year jalan langsung terus. Tak payah tunang lama2.

Seronok Beraya

Raya pertama tahun ni semua di rumah mak Jemapoh. Tapi along jer takde sebab dia beraya di rumah mertuanya. Tapi takpelah asalkan boleh berjumpa masa raya nanti.

Pagi raya dah sibuk menyiapkan anak masing2. Mama pun sama sebab nak kejar solat aidilfitri. Kalau boleh mama tak nak tertinggal la. Nasib baik anak2 good behave so boleh la bawa diaorag pergi masjid solat aidilfitri. Lepas solat pergi kubur arwah abah mama, maknanya atuk odahiloh la. Sibuk kak long tanya macam2 pasal orang dalam kubur, puas juga mama nak terangkan pada dia. Kemudian balik rumah bersalam-salaman dan bersiap untuk bertolak ke rumah uwan.
Memang rutin macam tu la sebab lepas tu terus pergi rumah besan mak yang berhampiran dahulu. Balik petang dah kepenatan dan tidur jelah dan bila malam ibu mertuaku dengan family from PD pula datang. Happening juga la raya ni dan seronok berkumpul macam nih.Anak-anak buah yang sempat berposing sebelum bertolak ke umah moyangnya. Itu pun tak semua ada, maklumlah cucu mak baru 18 orang. So ramai yang kecil2 lagi..susah nak susun suruh bergambar.
Bergambar ramai2 dahulu, tetapi ada yang tiada nih sebab tu tak cukup ahli nih. Takpelah ambil jer mana yang ada.
Mama dan family serba biru dan macam2 warna lagi pada pagi raya nih. Senyum sikittt....

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya

Kepada kawan-kawan blogger mama, semoga berbahagia di hari raya. Mama dan family ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap. Jaga kesihatan sepanjang raya ni maklumlah macam2 penyakit sekarang nih. Mama pun risau juga ni sebab adik dah mula selsema pula. Sian dia mama tengok macam nak semput pula tap harap2 raya nanti dia sihat la.

Hari ini last day mama kerja. Kawan2 mama ramai yang dah bercuti tapi mama malas nak cuti la lagipun bukannya jauh sangat nak balik kg. Turn raya ni kat rumah mama, seronoknya dapat kumpul semua adik-beradik tapi tinggal 9 orang jela sebab nakiah dah pergi Mesir bulan lepas so tak cukup ahli la juga. Takpe yang penting berkumpul dengan family semua dah tentu kecoh jer. Maklumlah ramai orangnya, dan yang pasti mak mesti pening kepala bila ramai2 nih. Macam2 perangai cucu2 dia,hehehe,,,anak menantu ok je kan mak?

Tadi mama call kampung dah balik adik mama dari lipis, maklumlah diaorang ni ramai yang cikgu so hari jumaat dapat cuti khas, so dah berangkat la malam tadi ke kampung. Kalau time cuti tu yang mama tak tahan tuh, sebab diaorang semua cikgu, so dapatlah berkumpul, mama jer yang kena kerja. Pagi tadi pun lepas sahur mama tak tidur la nak tunggu time mandi gi kerja. Mama masukkan duit raya untuk anak buah dalam sampul. Papa yang pergi tukar duit semalam so tugas mama la pulak kena tolong masukkan ke dalam sampul mengikut budget yang telah papa tetapkan. Tapi satu jer yang tak best, mama punya duit raya takde ke papa??...hehehe.. nak mintak juga.

Kak long dapat duit lebih sikit la tahun ni sebab kak long berjaya puasa penuh. Mama dan papa pun tak sangka walaupun ada la sehari dua tu kak long macam tidak sempurna puasanya, tapi takpe for the first time, kira oklah tuh sebab boleh bertahan sampai hujung ramadhan. Semalam pun kak long tanya mama boleh tak kalau taknak puasa esok??..mama kata.."mana boleh kak long sebab kita nak puasa 2 hari jer lagi. Rugi la kalau kak long buka." Bila dia dengar tinggal 2 hari bersemangat la smula nak puasa. Hari ini pun kak long lepas rumah nenek PD nya sebab tak sekolah. Biarlah dia nak jumpa sepupunya, sebab kalau kat rumah pengasuh kang takde kawan2 pulak. Asyik main dengan adik dia jer, mesti dia bosan.

Oklah, mama nak siapkan sikit lagi kerja ni. Pasni mama nak pergi Mines depan ni kejap nak keluarkan duit belanja. Maklumlah gaji dah keluar awal, so kena budget betul, kang hujung bulan dah kering pulak. Ini pun mama nak pergi bayar duit kereta sekali, senang sikit biar duit yang tinggal tu duit belanja jer sebab bil lain semua dah settle bayar untuk bulan 9 nih. See you, dan Salam Aidilfitri untuk semua.

Tuesday, September 15, 2009

Menjelang cuti raya

Memandangkan tidak lama lagi nak cuti raya, banyak juga kerja nak kena buat. Maklumlah sebab minggu depan cuti seminggu ramai staf takda so banyak nak kena prepare. Itupun nasib baik mama tak terlibat dengan kerja minggu depan sebab ada juga staf yang kena stand by di opis.

Hari ini pun mama balik awal skit kul 5 petang sebab selalunya kul 5.30 baru balik. Malam ni ada Majlis Khatam Al-Quran di surau mertuaku di PD. So mama papa kena attend atas permintaan kakak iparku sebab anak dia pun khatam Quran juga. So mama cuba la usahakan supaya mama dapat join kenduri malam nih. Kalau ikutkan badan memang letih tambahan pula hari kerja ni. Mama biasnaya pukul 10 dah tidur badan cepat letih sejak berbadan dua ni. Tapi takpelah sesekali majlis macam ni diadakan, mama cuba jugalah dayakan diri. Nasib baik papa willing nak jemput mama di Seremban lepas habis kerja, kalau nak mama drive terus ke PD dari KL ni rasanya tak larat la. Malam nanti confirm kena drive jugak nak balik Seremban 3.

Sekarang ni pun kolej mama tengah open tender so sibuk skit la ke KL pastu ke Rembau, tapi takpe mama happy dengan kerja mama. Semuanya ini adalah experience yang mama tak dapat masa di kolej lama dulu. So ambil la peluang ni walaupun kena berhati-hati dengan urusan pembelian aset kerajaan, insyaAllah bantuan daripada mereka yang lebih mahir, boleh lah mama belajar nanti.

Sunday, September 13, 2009

Balik kg lagi

Minggu ni mama ngan papa balik kg lagi sebab papa ada majlis ngan geng2 dia la. Mama pun tak tahu la sebab mama just duduk rumah jer jaga anak2. So mama cuci semua baju raya baru yang dah siap ditempah. Sebab minggu depan mama kerja sampai jumaat, so tak sempat nak basuh semuanya.

Bila dah basuh tuh, nampak sangat baju anak jer yang banyak. Takpela asalkan diaorang happy beraya nanti especially kak long sebab tahun ni dia berjaya puasa penuh walaupun ada sehari dua yang tak sempurna sikit puasanya..hehehe..

Mama frust juga sebab takde bonus raya nih. Takpelah takde rezeki namanya tuh, so kena pandai berbelanja untuk raya nanti. Kalau ikut agenda memang banyak sepanjang seminggu beraya , merata tempat nak pergi dan ada urusan meminang jugak..hehehhe..kalau ada rezeki pergi la mama and family kek Kelantan.

Oklah, nak kemas baju pagi ni sebab nak pergi rumah kawan di Serting hantar kuih raya, pastu nak balik PD pulak sebab dah janji nak berbuka puasa di sana pula. See you, next story..
psst... borang cuti dah apply..lulus 3 hari cuti...bestnyaa..

Thursday, September 10, 2009

Potong Kek Shiloh

Kek birthday shiloh, papa beli...thanks papa
Sedapnya papa, hingga menjilat jari
Adik nak potong kek sendiri, tak nak kakak tolong
Papa dengan seriusnya menikmati kek

Dah kenyang makan kek..lebihnya nak bagi uwan dan atuk pengasuhnya, kawan sebelah rumahnya, dan nak bawa balik kg beri sepupunya..

Suka adik dapat potong keke. Kalau ikutkan nak buat sekali dengan kaka hujung bulan ni, tapi takpelah just potong kek jer. Kakak pula yang lebih excited maklumlah dia kata dah lama tak makan kek. Tapi sebenarnya bila dah bulan puasa ni kak long nampak kek kat majalah pun terliur jugak. Wish u happy always my love.

Wednesday, September 9, 2009

Birthday Shiloh 09.09.09

Alhamdulillah genap 2 tahun umur anak mama nih. Kebetulan tarikh pada tahun nampak cantik dan mama papa pula yang excited. Tapi kalau dah bulan Ramadhan ni takde la mama nak celebrate pun cuma mungkin akan celebrate masa birthday kak long hujung bulan ni. Papa kata buat sekali jer jamuan makannya.

Tapi mama hari ini nak beli juga kek birthday untuk adik. Sian dia kalau potong kek yang back dated. Takpe just potong kek, ambil gambar mesti adik shiloh suka. Hari ni pun shiloh bangun awal teman mama masak waktu sahur tadi. Lepas mama siap masak, dia kejutkan papa dan kak long dia suruh bangun makan nasi. Kelakar mama tengok sebab subuh gelap dia bangun. Macam2 adik ni. Whatever pun mama dan papa doakan adik sihat selalu, sentiasa dilindungi Allah dan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat serta menjadi anak yang soleh. Nanti kalau ada gambarnya, mama masukkan ek..ok..mama nak sambung kerja..

Wednesday, September 2, 2009

Dugaan buat mama

Ramadhan ini mama mengharapkan pelbagai perkara baik berlaku pada mama sekeluarga. Semalam mama terpaksa ambil mc sebab mama pergi scan perut mama. Maklumlah kalau ikut perkiraan sudah 12 weeks means 3 bulan baby dalam perut mama. Mama bersyukur sangat sebab dalam keadaan badan macam ni mama boleh meneruskan ibadah puasa ni. Walaupun pada sebelah petang mama rasa terlalu penat dan yang tak tahannya sebab kepala mama sakit jer.

Tetapi semalam mama first time scan baby, tengok keadaan alhamdulillah semuanya ok tetapi nampaknya mama yang bermasalah sikit. Ada problem pada rahim mama tetapi tak boleh nak buat apa memandangkan mama sedang pregnant dan cuma doktor mengharapkan benda tersebut akan hilang bila kandungan mama semakin membesar. Mama juga mengharapkan perkara yang sama kerana rasanya tak tertanggung kalau mama perlu membuat pembedahan berulangkali. Mama cuma berharap sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, mama mendapat kekuatan dan mengharapkan doa dari semua orang semoga mama sihat seperti sebelum ini.

Papa pun tak tahu nak cakap apa cuma apa yang perlu dibuat sekarang adalah mendoakan yang terbaik sahaja. Semoga mama dan baby sihat hingga sampai wkatu deliver nanti. InsyaAllah.

Ramadhan Kak Long

Tahun ini agaknya Ramadhan yang bermakna bagi kak long sebab dia berjaya juga berpuasa. Mama pun tak sangka kak long boleh bertahan, walaupun kak long kadang2 macam tak larat nak berpuasa tetapi mama tengok dia teruskan juga.
Kalau masuk hari ini insyaAllah genap 12 hari kak long berpuasa bersama mama papa. Hari pertama puasa, memang susah juga nak bagi dia tahan sebab dia tak pernah berpuasa lebih dari setengah hari. Cuma apa yang kelakarnya mama papa cuba juga pujuk dia tahan tambahan bila dah sebelah petang. Alhamdulillah walaupun dia buat alasan sakit perut, sakit kaki dan macam2 lagi tapi still bertahan.
Bila first day berbuka puasa, kak long kata bestnya mama. Kalau macam ni esok odah nak puasa lagi lah..mama senyum jelah. Sebab mama takdelah nak harap kak long berpuasa setiap hari tapi Alhamdulillah kak long masih berpuasa penuh hingga hari ini.
Sebagai habuannya, mama ngan papa janji nak bagi duit raya ikut bilangan hari berpuasa. Maknanya kalau sehari mama beri Rm1 dan papa RM1 so dalam satu hari dia dapat RM2 la. Tengok la berapa lama kak long berpuasa dan mama papa akan tunaikan janji. Mama rasa ini sahaja cara na motivasi dia buat permulaan ini.
Sekarang bila sekolah dah buka mama ingatkan dia tak tahan, tapi rupanya di sekolah kawan2 dia semua puasa, so kak long bersemangat nak berpuasa penuh. Tambahan pula cikgunya puji pelajar2 yang berpuasa penuh ni. Erm, mama papa bangga dengan semangat kak long. Walaupun kadang2 bila time dah dekat nak berbuka tu, dia merengek la sebab lambat sgt azan, tapi mama papa kena pujuk jugak la. Kalau marah nanti dia terus protes, susah juga.
Tapi kelakarnya masa awal2 puasa dulu kak long tengok adiknya minum susu pun dia nangis. Dan siap pesan kat mama jangan bagi adik makan depan dia, nanti dia lapar juga.Erm..macam2 la kak long ni tapi bila kadang2 dia nangis nak susu, mama suruh jer buka puasa, tapi dia tak nak pulak. Entahlah tak faham betul mama. Mama cuma berharap kak long buat yang terbaik untuk diri kak long dan mama papa takkan paksa kalau kak long memang sudah tak larat. Semoga Allah memberi kekuatan padamua sayang..amin.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.