Monday, September 28, 2009

Jamuan Raya bersama Menteri KPTM

Hari ini merupakan hari pertama mula bekerja selepas seminggu bercuti raya. Kalau ikutkan penyakit malas tu memang ada sebab lama sangat bercuti tapi life must go on..mana nak cari duit kalau tak kerja kan??... Actually mama pun tak sihat since yesterday. Balik ke Seremban terus tidur jer sampai malam sebab kepala sakit sangat macam demam rasanya. Nasib baik papanya rajin tolong masak simple2 jer utk anak2 makan dan mama pun jamah la sikit untuk isi perut. So today, mama rasa segar sikit so bolehlah pergi kerja.

Kebetulan hari ni ada jamuan raya bersama Datuk Khalid Nordin di pejabat mama beroperasi sementara ni. Tapi sebab ada kerja yang belum diselesaikan, mama tak dapat nak join majlis tersebut secara keseluruhan. Mama just turun bawah masa jamuan makan jer..hehehe..waktu makan takleh tinggal...

Makanan memang banyak dan menyelerakan tapi sebab tekak mama ni meragam, selsema lagi so just makan untuk rasa jer lah jangan kempunan. Lepas selesai makan, mama terus naik surau dan baring sekejap. Keletihan pulak rasanya dan bila dah dekat kul 2 petang, mama solat dan masuk opis semula. Ingatkan nak pergi Mines sekejap nak top-up touch n go tapi rasa maleh pulak. So masuk je la pejabat dulu kalau rajin kang minta izin bos kuar kejap. Kerja untuk hari pertama ni pun dah settle so boleh la tengok2 apa-apa yang patut. Nasib baik mama tak ikut bos pergi Seremban, tadi bos ajak juga tapi mama kata mama bawa keta so maleh la nak ulang-alik ke sana semula. Tak larat acik wei..nak ke hulu hilir dah la badan tak sihat sangat. Ini pun balik nanti nak drive patang2 ni mesti mengantuk tengah2 highway nih.. moga2 selamat dijalan raya nanti..insyaAllah.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.