Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya

Kepada kawan-kawan blogger mama, semoga berbahagia di hari raya. Mama dan family ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap. Jaga kesihatan sepanjang raya ni maklumlah macam2 penyakit sekarang nih. Mama pun risau juga ni sebab adik dah mula selsema pula. Sian dia mama tengok macam nak semput pula tap harap2 raya nanti dia sihat la.

Hari ini last day mama kerja. Kawan2 mama ramai yang dah bercuti tapi mama malas nak cuti la lagipun bukannya jauh sangat nak balik kg. Turn raya ni kat rumah mama, seronoknya dapat kumpul semua adik-beradik tapi tinggal 9 orang jela sebab nakiah dah pergi Mesir bulan lepas so tak cukup ahli la juga. Takpe yang penting berkumpul dengan family semua dah tentu kecoh jer. Maklumlah ramai orangnya, dan yang pasti mak mesti pening kepala bila ramai2 nih. Macam2 perangai cucu2 dia,hehehe,,,anak menantu ok je kan mak?

Tadi mama call kampung dah balik adik mama dari lipis, maklumlah diaorang ni ramai yang cikgu so hari jumaat dapat cuti khas, so dah berangkat la malam tadi ke kampung. Kalau time cuti tu yang mama tak tahan tuh, sebab diaorang semua cikgu, so dapatlah berkumpul, mama jer yang kena kerja. Pagi tadi pun lepas sahur mama tak tidur la nak tunggu time mandi gi kerja. Mama masukkan duit raya untuk anak buah dalam sampul. Papa yang pergi tukar duit semalam so tugas mama la pulak kena tolong masukkan ke dalam sampul mengikut budget yang telah papa tetapkan. Tapi satu jer yang tak best, mama punya duit raya takde ke papa??...hehehe.. nak mintak juga.

Kak long dapat duit lebih sikit la tahun ni sebab kak long berjaya puasa penuh. Mama dan papa pun tak sangka walaupun ada la sehari dua tu kak long macam tidak sempurna puasanya, tapi takpe for the first time, kira oklah tuh sebab boleh bertahan sampai hujung ramadhan. Semalam pun kak long tanya mama boleh tak kalau taknak puasa esok??..mama kata.."mana boleh kak long sebab kita nak puasa 2 hari jer lagi. Rugi la kalau kak long buka." Bila dia dengar tinggal 2 hari bersemangat la smula nak puasa. Hari ini pun kak long lepas rumah nenek PD nya sebab tak sekolah. Biarlah dia nak jumpa sepupunya, sebab kalau kat rumah pengasuh kang takde kawan2 pulak. Asyik main dengan adik dia jer, mesti dia bosan.

Oklah, mama nak siapkan sikit lagi kerja ni. Pasni mama nak pergi Mines depan ni kejap nak keluarkan duit belanja. Maklumlah gaji dah keluar awal, so kena budget betul, kang hujung bulan dah kering pulak. Ini pun mama nak pergi bayar duit kereta sekali, senang sikit biar duit yang tinggal tu duit belanja jer sebab bil lain semua dah settle bayar untuk bulan 9 nih. See you, dan Salam Aidilfitri untuk semua.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.