Wednesday, September 2, 2009

Ramadhan Kak Long

Tahun ini agaknya Ramadhan yang bermakna bagi kak long sebab dia berjaya juga berpuasa. Mama pun tak sangka kak long boleh bertahan, walaupun kak long kadang2 macam tak larat nak berpuasa tetapi mama tengok dia teruskan juga.
Kalau masuk hari ini insyaAllah genap 12 hari kak long berpuasa bersama mama papa. Hari pertama puasa, memang susah juga nak bagi dia tahan sebab dia tak pernah berpuasa lebih dari setengah hari. Cuma apa yang kelakarnya mama papa cuba juga pujuk dia tahan tambahan bila dah sebelah petang. Alhamdulillah walaupun dia buat alasan sakit perut, sakit kaki dan macam2 lagi tapi still bertahan.
Bila first day berbuka puasa, kak long kata bestnya mama. Kalau macam ni esok odah nak puasa lagi lah..mama senyum jelah. Sebab mama takdelah nak harap kak long berpuasa setiap hari tapi Alhamdulillah kak long masih berpuasa penuh hingga hari ini.
Sebagai habuannya, mama ngan papa janji nak bagi duit raya ikut bilangan hari berpuasa. Maknanya kalau sehari mama beri Rm1 dan papa RM1 so dalam satu hari dia dapat RM2 la. Tengok la berapa lama kak long berpuasa dan mama papa akan tunaikan janji. Mama rasa ini sahaja cara na motivasi dia buat permulaan ini.
Sekarang bila sekolah dah buka mama ingatkan dia tak tahan, tapi rupanya di sekolah kawan2 dia semua puasa, so kak long bersemangat nak berpuasa penuh. Tambahan pula cikgunya puji pelajar2 yang berpuasa penuh ni. Erm, mama papa bangga dengan semangat kak long. Walaupun kadang2 bila time dah dekat nak berbuka tu, dia merengek la sebab lambat sgt azan, tapi mama papa kena pujuk jugak la. Kalau marah nanti dia terus protes, susah juga.
Tapi kelakarnya masa awal2 puasa dulu kak long tengok adiknya minum susu pun dia nangis. Dan siap pesan kat mama jangan bagi adik makan depan dia, nanti dia lapar juga.Erm..macam2 la kak long ni tapi bila kadang2 dia nangis nak susu, mama suruh jer buka puasa, tapi dia tak nak pulak. Entahlah tak faham betul mama. Mama cuma berharap kak long buat yang terbaik untuk diri kak long dan mama papa takkan paksa kalau kak long memang sudah tak larat. Semoga Allah memberi kekuatan padamua sayang..amin.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.