Wednesday, September 2, 2009

Dugaan buat mama

Ramadhan ini mama mengharapkan pelbagai perkara baik berlaku pada mama sekeluarga. Semalam mama terpaksa ambil mc sebab mama pergi scan perut mama. Maklumlah kalau ikut perkiraan sudah 12 weeks means 3 bulan baby dalam perut mama. Mama bersyukur sangat sebab dalam keadaan badan macam ni mama boleh meneruskan ibadah puasa ni. Walaupun pada sebelah petang mama rasa terlalu penat dan yang tak tahannya sebab kepala mama sakit jer.

Tetapi semalam mama first time scan baby, tengok keadaan alhamdulillah semuanya ok tetapi nampaknya mama yang bermasalah sikit. Ada problem pada rahim mama tetapi tak boleh nak buat apa memandangkan mama sedang pregnant dan cuma doktor mengharapkan benda tersebut akan hilang bila kandungan mama semakin membesar. Mama juga mengharapkan perkara yang sama kerana rasanya tak tertanggung kalau mama perlu membuat pembedahan berulangkali. Mama cuma berharap sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, mama mendapat kekuatan dan mengharapkan doa dari semua orang semoga mama sihat seperti sebelum ini.

Papa pun tak tahu nak cakap apa cuma apa yang perlu dibuat sekarang adalah mendoakan yang terbaik sahaja. Semoga mama dan baby sihat hingga sampai wkatu deliver nanti. InsyaAllah.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.