Tuesday, September 15, 2009

Menjelang cuti raya

Memandangkan tidak lama lagi nak cuti raya, banyak juga kerja nak kena buat. Maklumlah sebab minggu depan cuti seminggu ramai staf takda so banyak nak kena prepare. Itupun nasib baik mama tak terlibat dengan kerja minggu depan sebab ada juga staf yang kena stand by di opis.

Hari ini pun mama balik awal skit kul 5 petang sebab selalunya kul 5.30 baru balik. Malam ni ada Majlis Khatam Al-Quran di surau mertuaku di PD. So mama papa kena attend atas permintaan kakak iparku sebab anak dia pun khatam Quran juga. So mama cuba la usahakan supaya mama dapat join kenduri malam nih. Kalau ikutkan badan memang letih tambahan pula hari kerja ni. Mama biasnaya pukul 10 dah tidur badan cepat letih sejak berbadan dua ni. Tapi takpelah sesekali majlis macam ni diadakan, mama cuba jugalah dayakan diri. Nasib baik papa willing nak jemput mama di Seremban lepas habis kerja, kalau nak mama drive terus ke PD dari KL ni rasanya tak larat la. Malam nanti confirm kena drive jugak nak balik Seremban 3.

Sekarang ni pun kolej mama tengah open tender so sibuk skit la ke KL pastu ke Rembau, tapi takpe mama happy dengan kerja mama. Semuanya ini adalah experience yang mama tak dapat masa di kolej lama dulu. So ambil la peluang ni walaupun kena berhati-hati dengan urusan pembelian aset kerajaan, insyaAllah bantuan daripada mereka yang lebih mahir, boleh lah mama belajar nanti.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.