Wednesday, September 9, 2009

Birthday Shiloh 09.09.09

Alhamdulillah genap 2 tahun umur anak mama nih. Kebetulan tarikh pada tahun nampak cantik dan mama papa pula yang excited. Tapi kalau dah bulan Ramadhan ni takde la mama nak celebrate pun cuma mungkin akan celebrate masa birthday kak long hujung bulan ni. Papa kata buat sekali jer jamuan makannya.

Tapi mama hari ini nak beli juga kek birthday untuk adik. Sian dia kalau potong kek yang back dated. Takpe just potong kek, ambil gambar mesti adik shiloh suka. Hari ni pun shiloh bangun awal teman mama masak waktu sahur tadi. Lepas mama siap masak, dia kejutkan papa dan kak long dia suruh bangun makan nasi. Kelakar mama tengok sebab subuh gelap dia bangun. Macam2 adik ni. Whatever pun mama dan papa doakan adik sihat selalu, sentiasa dilindungi Allah dan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat serta menjadi anak yang soleh. Nanti kalau ada gambarnya, mama masukkan ek..ok..mama nak sambung kerja..

1 comment:

Ummi... said...

hapey besday shiloh...semoga menjadi kakak yg baik nanti.....

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.