Sunday, November 29, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha




Mamaodahiloh sekeluarga mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan semoga beroleh keberkatan pada hari yang mulia ini. Mama sekeluarga akan beraya di Port Dickson dahulu kemudian baru balik ke kampung mama pula. Ibdah korban ada dilaksanakan di PD nih. Banyak juga 3 ekor lembu semuanya. Hari kedua di masjid lukut pula dan ayah ambil sebahagian untuk anak mama shiloh...hehehe..

Kalau ada kesempatan mama upload gambar korban tuh nanti. Kakak excited tengok org sembelih lembu, adik duk berkepit ngan acunya takut tapi nak tengok..dari jauh jerlah...erm..walaumacamanapun mama happy pada hari bahagia nih. makan memang best lah..macam2 ada...hehehe...see u nanti..esok kena kerja semula...

Tuesday, November 24, 2009

Konvokesyen Kak Long





Kak long menghadiri majlis penyampaian hadiah di Kolej Negeri, Seremban 2 sempena majlis konvokesyen tadika PASTI kawasan Rasah, Seremban.

Seronok kak long dapat hadiah sebab hujung tahun ini pun dia dapat nombor satu juga dalam kelas. Percentage markah dia pun naik so mama papa happy la dengan perkembangannya. Sayangnya masa papa ambil gambar kak long ambil hadiah kena blocking oleh seorang hamba Allah ni, so tak nampak la muka kak long.
Frust jugak rasanya sebab event macam ni takkan berulang, tapi nak buat macamana takde rezeki dia. Time papa nak ambil gambar tulah ada org lalu depan dia..erm..sian kak long.. Nasib baik kak long tak kisah sgt sebab dia kata yang penting dapat hadiah..hehehehe…so mama papa takdelah sedih sgt..

Tahun depan nak sekolah darjah satu, so mama just hantar dia ke sekolah yang hampir ngan rumah pengasuh jerlah..senang atuk nak ambil dia.. apa yang penting kena rajin blaja tak kira la skolah hebat atau tidak..mama tak kisah semua tuh.. Mama doakan kak long sentiasa berjaya di dalam study dan aktiviti yang diikuti..insyaAllah.

Sunday, November 8, 2009

Seronoknya papa..

Aktiviti papa berlainan dengan mama. Sepanjang minggu ni sibuk dengan final bolanya. Maklumlah papa odahiloh ni extreme ngan bolanya..dari bujang lagik..mama pun takleh nak kata apa dah...
Hari Sabtu pagi dia dah sibuk bersiap ke Stadium,,,mama walaupun ada di KL telefon la dia tanya apa dia buat. Anak nasib baik la mertuaku sayang baik,,..so boleh tolong jaga ngan adik2 iparku..hehehe..bertuah mama.. so papa lepas zohor dah start ngan konvoinya ke Bukit Jalil dari stadium Paroi..so bila mama call masa nak balik..dia dah ssmpai tol Sg. Besi..erm tak sempat nak tengok konvoinya..dengarnya hampir 100 biji kereta dia konvoi dari Seremban. Memang happening la tuh..sebab mama masa anak sorang dulu tahuhn 2006 pernah join konvoi ke Bukit Jalil tu masa lawanPerlis..tapi NS kalah masa tuh...hehehehe...
Ini kira berbaloi la papa beria2 ngan kawan2 NSfootbal.com nya..macam2 aktiviti yang dirancangnya. Nasib baik menang..so balik rumah sengih jerlah. Bangun pagi mama tengok papa dah hamparkan koleksi dia malam tadi...Pagi Ahad dalam kul 10 pagi kawan kelab penyokong telefoS (Wan Jamak) nak jumpa diaorang...uish..bersemangat dia bersiap ke Seremban semula..nak jumpa orang kuat punya pasal...erm..tak jugak sudah2 nya..so bila balik PD semula tghari tadi...tunjuk kat mama gambar dia ngan Piala Malaysia..rupunya dapat juga merasa papa pegang..seronok skaan dia ngan kawan2nya.... Papa kata berat juga piala tuh..dan mama rasa itu kepuasan papa yang sebenar la tuh..sebab dapat pegang piala tuh..walaupun sekejap..so sempatlah posing..hehehhe..


Wajah salah seorang ahli kelab penyokong NS yang fanatik sgt dari dulu sampai sekarang. Mama ngan anak2 pun dah faham sgt...
Petang barulah dapat berehat, tidur puas...itupun nanti petang nih kul 6 petang, katanya sesi interview n gan sapa ntah...mama maleh nak tanya..sebab yang penting mama nak balik umah Seremban kemas rumah tuh.

Aktiviti Mama

Jumaat pagi mama dah kena ke UPM untuk select buku yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam library kolej mama yang baru nih. Jenuh juga memilih buku tuh tapi ambil jerlah mana yang sesuai. Sebab student kolej mama bukan level budak U so kena sesuai la bahan rujukannya. Nak ambil yang advanced sgt pun tak boleh, nanti tak dibaca, rugi pula.

Mama kena habiskan sebanyak RM 75K dalam masa 2 hari ini. Lokasi pemilihan buku semuanya area selangor dan KL jer sebab kebanyakkan gedung buku yang besar di sana. So mama turun 3 orang untuk selesaikan pemilihan tuh cuma segala perbelanjaan penginapan dan makanan ditangguung oleh syarikat yang mengedarkan buku di kolej.

Lepas UPM ,mama bertolak ke KLCC pula untuk pilih buku di Konikuya (maybe wrong spelling..hehehe.) untuk dapatkan buku import pulak. Wuih mahal giler buku2 disitu tapi bagus bukunya. So mama pilih la walaupun mahal takpe sebab banyak peruntukan duit untuk buku2 nih. Mama grab juga beberapa buku pengetahuan am yang menarik, memang mahal tapi rasanya berbaloi kalau ada dilibrary kolej nanti.

Lepas pilih buku di KLCC, mama minta sykt hantar ke hotel dulu sebab dah penat sgt. So lepak kat hotel Grand Season, semuanya ditanggung beres so lepak jerlah. Makan pun boleh tahan mahalnya dihotel tuh, mama order lah yang jarang dimakan..hehehehe... So lepas asar mama keluar semula untuk ke Mid Valley pulak..MPH la..pilih buku kat situ pulak..penuh 2 troli mama ngan kawan2 mama pilih. Itupun masih belum mencukupi,. Sampai waktu maghrib, mama solat dulu di sana, pastu balik hotel sebab letih sgt. Dalam keadaan badan macam nih, meang tak tahan berdiri lama2..sakit perut jadinya...malam lepas mandi dah puas lepak kat bilik baru call untuk order makan ke bilik. Maleh nak turun cafe sebab letih sgt so makan kat bilik jerlah.

Esok pagi lepas breakfast, ke Selayang pulak, ada gedung buku besar di sana. Lenguh badan memilih buku disitu..tak larat nak round semuanya tapi berbaloi la..dapat pilih yang sesuai. Dah tengahari mama ke Pandan Indah, last sykt distributor yang mama pilih buku. Sebab rasa nak muntah tengok buku2 nih..banyak sgt. Lepas selesai dalam pukul 3, so mama minta org sykt tu hantar mama dan kawan mama balik Seremban. Jam juga jalan gara2 game bola malam tu,,piala Malaysia..papa dah confirm berkonvoi punya. Bila mama call dia dah sampai Bukit Jalil. Erm..suka hati la bang...

Sampai rumah, bersiap balik PD sebab anak kat sana..penat giler tapi tengok bola dulu..baru tidur...

Kak Long

Minggu ni kak long jadi wakil sekolah untuk peperiksaan di Bukit Chedang. Papa dan mama tak ddapat nak hantar so cikgunya jer yang hantarkan. Keputusan belum dapat lagi kalau menang masuk peringkat ngeri la tuh. By the way mama doakan all the best for kak long. Sebab mama dengar soalannya merangkumi semua subjek dan ada oral sekali. Entahlah...tapi takpe biarkan kak long aktif macam tu..mama papa sukaa..

Wednesday, November 4, 2009

Pertabalan Raja NS Siri 2

Sambutan sempena pertabalan Yang Dipertuan Besar NS ini adalah merata Negeri Sembilan. Ini adalah sambutan di Seremban selama 2 hari tapi mama bawa anak-anak tengok hari kedua jerlah. Sebab hari pertama tak menarik sangat pun. Tujuan utama nak tengok bunga api jer, tapi biasalah bunga api mesti last punya acara. So mama dapalah tengok perarakan kerta berhias dulu. Ramainya orang yang datang dan yang pasti yang bukan nogori pun ado..pengacara malam tu artis sharifah shahirah tu, kiro kelakarlah jugak.

Belon besar pun ada tapi nak naik tak dapat la ramai sangat yang menunggu turn. Mama just suruh kak long tengok jer lah.
Persembahan abang api, menganga kak long ngan adik tengok. Mama ngan anak2 dapat duduk depan khemah raja, so puas hatilah tengok persembahan.

Raja NS yang baru dan semua orang gembira dengan pertabalan baginda.

Kereta berhias yang join perarakan. Banyak juga ,tapi mama yak ingat bilangannya.


Adik ngan kakak tak lepas peluang ambil gambar. Ramai orang tapi seronok la jugak.



Ini permandangan di Seri Menanti, minggu sebelumnya. Happening jugak.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.