Tuesday, November 24, 2009

Konvokesyen Kak Long





Kak long menghadiri majlis penyampaian hadiah di Kolej Negeri, Seremban 2 sempena majlis konvokesyen tadika PASTI kawasan Rasah, Seremban.

Seronok kak long dapat hadiah sebab hujung tahun ini pun dia dapat nombor satu juga dalam kelas. Percentage markah dia pun naik so mama papa happy la dengan perkembangannya. Sayangnya masa papa ambil gambar kak long ambil hadiah kena blocking oleh seorang hamba Allah ni, so tak nampak la muka kak long.
Frust jugak rasanya sebab event macam ni takkan berulang, tapi nak buat macamana takde rezeki dia. Time papa nak ambil gambar tulah ada org lalu depan dia..erm..sian kak long.. Nasib baik kak long tak kisah sgt sebab dia kata yang penting dapat hadiah..hehehehe…so mama papa takdelah sedih sgt..

Tahun depan nak sekolah darjah satu, so mama just hantar dia ke sekolah yang hampir ngan rumah pengasuh jerlah..senang atuk nak ambil dia.. apa yang penting kena rajin blaja tak kira la skolah hebat atau tidak..mama tak kisah semua tuh.. Mama doakan kak long sentiasa berjaya di dalam study dan aktiviti yang diikuti..insyaAllah.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.