Friday, November 25, 2011

Interview

Alhamdulillah selasa hari tu mama baru lepas temuduga Biasiswa untuk sambung belajar. Mama berharap sangat moga diberi peluang untuk mendapat biasiswa dan seterusnya sambung belajar pada tahun depan. Rasanya letih buat kerja ni..nak belajar la pulak...kalau ade rezeki..yang penting kena selalu berdoa.

Macam2 aktiviti sepanjang tahun ini, tapi banyak yang menduga kesabaran juga. Semoga bos mama dapat naik pangkat dan seterusnya meninggalkan organisasi ini. Memang rasanya dah tak larat nak kerja dengan bos macam ni...hanya kesabaran yang menjadi benteng untuk bertahan di sini. Mama doakan tahun depan segala yang terbaik akan berlaku dan mama berdoa semoga dapat meneruskan kerja dalam keadaan yang tenteram dan tidak diuji dengan insan-insan yang boleh menggugat keimanan mama..insyaAllah.

Kalau ada rezeki tahun depan, mama bersyukur sangat-sangat dan tak putus-putus berdoa untuk kenaikan pangkatt juga. Dengarnya result hujung tahun ini keluar, kalau berjaya ini rezeki anak-anak juga kalau tidak mama kena usaha lebih lagi tahun hadapan.

Sunday, November 20, 2011

Bulan November

Banyak peristiwa berlaku sepanjang bulan ni dan mama hanya sentiasa berdoa akan kesejahteraan dan keselamatan diri dan keluarga tersayang. Semoga iman terpelihara dan dugaan yang mendatang dapat diharungi dengan tabah dan redha.

Minggu ni mama kena attend meeting selasa sampai jumaat tetapi bos endorse pegi sampai khamis jer..so mama meeting kar Sepang dan cadang nak balik terus khamis malam tapi disebabkan meeting habis kul 11.30 malam, member2 mama kata bahay nak drive malam. Badan sakit-sakit dan penat juga, tambahan pula dalam kesibukan tu dik yad demam pula..semua tu buat mama susah hati.

Lepas tu mama dikejutkan dengan pemergian salah seorang bekas pengarah di Jabatan yang mama kerja dan semoga rohnya dicucuri rahmat. Jumaat pagi mama drive dari sepang terus ke kolej di Rembau sebab dah tak sempat nak balik rumah. Dah la malam tidur lewat, pagi2 rushing ke kolej pula. Pagi tu buat meeting kejap sbb mama lead jawatankuasa sambutan dan protokol untuk program esokbya (Sabtu). Lepas habis briefing pada semua staf mama rushing balik ke Seremban semula sebab kena ambil duit bantuan persekolahan kak long. Pastu mama balik semula ke kolej untuk preparation program esoknya. Alhamdulillah program hari Sabtu berjalan lancar tetapi kepenatan yang tidak boleh digambarkan.

Hari ini Ahad mama kena pula ke Senawang untuk memantau kursus MIC yang telah dijalankan. Nasib baik staf mama membantu juga, kalau ikutkan memang dah tak larat minggu ni. Entahlah, tapi just do my best. Terima kasih kepada mertua mama yang sanggup jaga anak semalam sbb mama ada program di kolej dan hubby pula kena kerja.


Malam ni mama stusy skit untuk preparation interview biasiswa KPT hari Selasa ni. Berdebar juga sebab kesibukan kerja menyebabkan mama  tak sempat nak study apa2 pun lagi. Semoga semuanya berjalan lancar dan dimurahkan rezeki untuk mendapat biasiswa untuk sambung study pada tahun depan, insyaallah. Yang penting kena berusaha dan kalau ada rezeki, dapatlah kalau tak cuba lagi la tahun depan punya iklan.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.