Friday, November 25, 2011

Interview

Alhamdulillah selasa hari tu mama baru lepas temuduga Biasiswa untuk sambung belajar. Mama berharap sangat moga diberi peluang untuk mendapat biasiswa dan seterusnya sambung belajar pada tahun depan. Rasanya letih buat kerja ni..nak belajar la pulak...kalau ade rezeki..yang penting kena selalu berdoa.

Macam2 aktiviti sepanjang tahun ini, tapi banyak yang menduga kesabaran juga. Semoga bos mama dapat naik pangkat dan seterusnya meninggalkan organisasi ini. Memang rasanya dah tak larat nak kerja dengan bos macam ni...hanya kesabaran yang menjadi benteng untuk bertahan di sini. Mama doakan tahun depan segala yang terbaik akan berlaku dan mama berdoa semoga dapat meneruskan kerja dalam keadaan yang tenteram dan tidak diuji dengan insan-insan yang boleh menggugat keimanan mama..insyaAllah.

Kalau ada rezeki tahun depan, mama bersyukur sangat-sangat dan tak putus-putus berdoa untuk kenaikan pangkatt juga. Dengarnya result hujung tahun ini keluar, kalau berjaya ini rezeki anak-anak juga kalau tidak mama kena usaha lebih lagi tahun hadapan.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.