Friday, October 16, 2015

Jumaat ini

Pagi tadi seperti biasa kelam kabut nak pergi kerja..uruskan anak-anak. Itulah rutin harian sekarang ini memandangkan anak sudah 4..so mama masih dalam proses membiasakan diri..dulu masa anak 3 belum ade baby..so semua dah besar jer..sempat nak masak sarapan...tapi bila ade baby nih tengok keadaan dulu..kalau baby lena lagi pagi kul 5 tuh boleh mama buat sarapan untuk bekal kakak2 nya..kalau baby dah jaga...susah lah sikit..heheheh..by the way..mama seronok bila tgk muka baby pagi2..tenang jer...

So bila dah bergegas nak drive ke tempat kerja...mmg kena laju2 lah..tapi masih berhati2..hehehe...dan sambil tu boleh layan IKIM.fm..dengar motivasi pagi kul 7.30. Dulu masa mama kerja di Rembau..setiap hari mesti buka dgr motivasi pagi tuh..tapi bila di Putrajaya nih..kena tgk keadaan..bila kelam kabut sgt..radio pun tak sempat nak buka.

Pagi ni Ustaz Bad kongsikan tentang kawan..katanya..kawan yang baik ibarat penjual minyak wangi..kalau kawan jual minyak wangi..kalau kita tak beli pun..sekurang-kurang boleh lah guna tester tu..dapat juga wanginya.. tapi kalau kawan yang tidak baik adalah ibarat tukang besi..bila bekerja..percikan apinya tuh mungkin boleh terkena pada baju kita..maka berlubang2 lah sikit baju tuh..dengan panasnya..bahangnya...

Oleh itu, marilah kita berdoa mendapat kawan yang sering mendoakan kita, kawan yang membuatkan kita sentiasa bertaubat kepada Allah, kawan yang terima kesalahan kita dan memperbaiki diri kita..dan jangan lah dapat kawan yang hanya suka mengumpat, mencari salah orang lain dan menggalakkan kita melakukan perkara yang tidak baik...dalam erti kata lain..kawan yang menyebabkan kita lebih lalai dan semakin menjauhi Allah Taala..nauzubillah...

Tuesday, October 6, 2015

Rumahtangga..oh rumahtangga

Hari ini mama dikejutkan dengan cerita dari seseorang kepada mama mengenai rumahtangga yang runtuh disebabkan orang ketiga. sebenarnya bagi mama perkara sudah sering berlegar disekeliling kita pada zaman sekarang. Tiada yang mustahil kerana manusia semakin pelik..mungkin disebabkan akhir zaman ini..yang dikatakan fitnah dajjal...manusia makin lalai dan sebagainya..

Mama hanya boleh berdoa kepada Allah jauhilah daku dari ujian sebegini. Kita haruslah memohon ketetapan iman kepada-Nya dan elakkan perkara yang tidak baik berlaku pada kita. Bagi mama mana-mana kawan2 yang bermasalah dengan rumahtangganya..itu adalah ujian untuk mama juga..segala yang baik dijadikan tauladan..dan yang buruk dijadikan sempadan. Tiada istilah mendabik dada atau bangga dengan keharmonian rumahtangga kita...kerana setiap perkara yang berlaku ade sebab dan hikmahnya..hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kita sebagai manusia harus berusaha dan berdoa supaya istiqamah menjadi muslim sejati.

Kepada mereka yang bermasalah hanya doa yang boleh ku kirimkan..dan moga kalian diberi ketetapan Iman dan ingatlah Allah selalu. Jangan dengar nasihat yang berniat untuk menjatuhkan pihak lawan..kerana tiada faedahnya..lebih baik kita memikirkan kelemahan diri sendiri. Diri ini cuba menjadi insan yang lebih baik..dan cuba menjaga hati ini daripada perasaan bangga dan riak. Mama hanya ingin menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan beriman kepada-Nya.

Kenangan September

Bulan september ini terlalu banyak ujian dan kenangan. Awal bulan lagi mama masuk kerja setelah bercuti lama - bersalin. Baru sehari masuk kerja, baby hana kena infection..dah kena mohon cuti untuk jaga dia warded selama 7 hari...

Dalam masa yang sama kak long menghadapi peperiksaan UPSR, kesian anak mama,.,,semuanya papa uruskan...alhamdulillah bila baby sehat boleh mama tengokkan kak long. Dalam masa yang sama juga birthday kak ngan shiloh..alo..lo...cayang mama..dah genap 8 tahun ye..so belikan juga kek birthday nya..tak mau dia sedih...walaupun xde buat ape2 yang special..just belikan kek dan bawa makan luar..nasib baik kak ngah faham kita delay celebrate birthday..hehehehe..sayang anak mama...
kek birthday nya...suka tak?..9/9/2015
then amik gambar potong kek sikit...

ok..itu muka puas hati dan gembira..esoknya mama suruh dia bawak gi sekolah..makan kek ngan kawan-kawan. ok sudah settle bab kak ngah..then isnin dan selasa mama bertugas di Nilai ade seminar PISH...rabu cuti hari Malaysia..khamis masuh opis semula...jeng..jeng...badanku dinaiki butiran air..rupanya chicken pox..tidakkkkkk...dugaan besar untuk mama....kena mc pulak 2 minggu pulak tuh...sebab penuh sangat satu badan...penghujung demam tuh..dah nak masuk oktober...so 30 september birthday kak long pula....celebrate macam kak ngah juga..just beli kek dan belanja makan.
tadaaaaa..ini kek untuk kak long..cheese cake lagi...

malamnya belanja dia makan chicken chop...itu favourite dia..layan jerlah....
alhamdulillah mama pun dah sehat..so teruskan masuk kerja dalam keadaan badanku dan muka sudah berbintik hitam..takpelah...kifarah Allah nak kasi sikit..jangan bersungut..semuanya ade hikmah..insyaAllah... Ini lah cerita September ku....



Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.