Friday, October 16, 2015

Jumaat ini

Pagi tadi seperti biasa kelam kabut nak pergi kerja..uruskan anak-anak. Itulah rutin harian sekarang ini memandangkan anak sudah 4..so mama masih dalam proses membiasakan diri..dulu masa anak 3 belum ade baby..so semua dah besar jer..sempat nak masak sarapan...tapi bila ade baby nih tengok keadaan dulu..kalau baby lena lagi pagi kul 5 tuh boleh mama buat sarapan untuk bekal kakak2 nya..kalau baby dah jaga...susah lah sikit..heheheh..by the way..mama seronok bila tgk muka baby pagi2..tenang jer...

So bila dah bergegas nak drive ke tempat kerja...mmg kena laju2 lah..tapi masih berhati2..hehehe...dan sambil tu boleh layan IKIM.fm..dengar motivasi pagi kul 7.30. Dulu masa mama kerja di Rembau..setiap hari mesti buka dgr motivasi pagi tuh..tapi bila di Putrajaya nih..kena tgk keadaan..bila kelam kabut sgt..radio pun tak sempat nak buka.

Pagi ni Ustaz Bad kongsikan tentang kawan..katanya..kawan yang baik ibarat penjual minyak wangi..kalau kawan jual minyak wangi..kalau kita tak beli pun..sekurang-kurang boleh lah guna tester tu..dapat juga wanginya.. tapi kalau kawan yang tidak baik adalah ibarat tukang besi..bila bekerja..percikan apinya tuh mungkin boleh terkena pada baju kita..maka berlubang2 lah sikit baju tuh..dengan panasnya..bahangnya...

Oleh itu, marilah kita berdoa mendapat kawan yang sering mendoakan kita, kawan yang membuatkan kita sentiasa bertaubat kepada Allah, kawan yang terima kesalahan kita dan memperbaiki diri kita..dan jangan lah dapat kawan yang hanya suka mengumpat, mencari salah orang lain dan menggalakkan kita melakukan perkara yang tidak baik...dalam erti kata lain..kawan yang menyebabkan kita lebih lalai dan semakin menjauhi Allah Taala..nauzubillah...

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.