Tuesday, October 6, 2015

Rumahtangga..oh rumahtangga

Hari ini mama dikejutkan dengan cerita dari seseorang kepada mama mengenai rumahtangga yang runtuh disebabkan orang ketiga. sebenarnya bagi mama perkara sudah sering berlegar disekeliling kita pada zaman sekarang. Tiada yang mustahil kerana manusia semakin pelik..mungkin disebabkan akhir zaman ini..yang dikatakan fitnah dajjal...manusia makin lalai dan sebagainya..

Mama hanya boleh berdoa kepada Allah jauhilah daku dari ujian sebegini. Kita haruslah memohon ketetapan iman kepada-Nya dan elakkan perkara yang tidak baik berlaku pada kita. Bagi mama mana-mana kawan2 yang bermasalah dengan rumahtangganya..itu adalah ujian untuk mama juga..segala yang baik dijadikan tauladan..dan yang buruk dijadikan sempadan. Tiada istilah mendabik dada atau bangga dengan keharmonian rumahtangga kita...kerana setiap perkara yang berlaku ade sebab dan hikmahnya..hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kita sebagai manusia harus berusaha dan berdoa supaya istiqamah menjadi muslim sejati.

Kepada mereka yang bermasalah hanya doa yang boleh ku kirimkan..dan moga kalian diberi ketetapan Iman dan ingatlah Allah selalu. Jangan dengar nasihat yang berniat untuk menjatuhkan pihak lawan..kerana tiada faedahnya..lebih baik kita memikirkan kelemahan diri sendiri. Diri ini cuba menjadi insan yang lebih baik..dan cuba menjaga hati ini daripada perasaan bangga dan riak. Mama hanya ingin menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan beriman kepada-Nya.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.