Monday, March 28, 2016

Sabah

TIdak berkesempatan untuk bercuti di tempat ni..hanya kenangan jer.. so mama ambil kesmepatan bila ade tugas rasmi di sana..selesai waktu kerja....jalan2 di sana... esoknya dah nak terbang balik ke semenanjung..so gunalah peluang yang ada... walaupun sekejap jer tapi ade juga pengetahuna tempat orang..alhamdulillah..

esoknya selamat sampai ke KL dan bertemu semula suami dan anak2 tercinta..thanks darling..very understanding...
air laut yang sangat jernih dan tidak tercemar..nampak ikan2 dalam tuh

Pribumi yang menetap di atas air

Anak-anak pribumi yang boleh survive..walaupun masih kecil
bila tengok kehidupan mereka, kita bersyukurlah dengan apa yang kita ada..mereka sangat berani. Kecil2 lagi sudah berkayuh ke tengah laut cari makanan..tapi gambar ni mama ambil masa diorg minta makanan kat kita..nak bagi ramai sebenarnya di atas laut nih..tak boleh nak kasi..

Semoga keindahan ini terpelihara selamanya..

Cameron

Cuti seminggu bawa anak jalan2..ke cameron jer..sbb skang ni musim panas..takde tempat yg sesuai untuk berjalan..



cantik betul pemandangan bunga2 di sana..elok kembangnya...anak2 pun happy jer.. bertolak Rabu malam..then Sabtu tghari dah balik sini semula...

macam biasalah just beli sayur, jagung dan baju sikit utk anak2..mama papa tak payah lah... yang penting dapat rilek minda sekejap..

Monday, March 14, 2016

Birthday Mak

Hari ini birthday mak..huhuhu..yang ke berapa ye..rahsia..dah hari ni juga mak menyambut kelahiran cucu yang ke 32..baby girl..dari ct nakiah dan suami..zahari..moga kehidupan kalian tambah ceria dengan kehadiran cahaya mata...

Balik kerja ni nanti kami sekeluarga akan melawat baby ye..sebab bersalin kat seremban kan..dekat jerlah..boleh tgk2 baby baru..yeyeyeya..
Syukur alhamdulillah atas segala kurniaan dan kebahagiaan yang kau berikan kepada kami. Jadikan kami keluarga yang sentiasa bersyukur dah dimurahkan rezeki. Amin,.

Wedding Mak su

Semalam 13 Mac hari perkahwinan mak su disebelah suami..dekat jer..Senawang..so mama dan keluarga bergerak dari rumah jerlah..tak perlu nak balik kg.

Rombongan menghantar ni ramai juga...alhamdulillah..makan pun sedap..semuanya ok..tapi anak mama jer yang tak ok..hana macam tidak sehat sikit..

sebelum balik amik gambar dulu..sebab dah kepanasan..tak larat nak duduk lama2..cuaca sekarang memang menguji kesabaran betul. Terpaksalah gunakan apa2 yang ada untuk meredakan panas nih. Petang balik kampung sebab lepas kenduri tu anak2 semua ngikut mak sedara nak balik kg..mandi sungai...tinggal lah mama ngan papa jer bawak baby balik..so petang kena la balik kg jap..bawak baju budak2 nih..lepas isyak balik Seremban semula..esok nak kerja..penat wehhh..

Thursday, March 3, 2016

1st Suction

Bismillahirrahmannirrahim.. segala puji bagi Allah tuhan yang menyempurnakan hidup mama sekeluarga di dunia ini. Semoga kami sentiasa di bawah rahmatNya selamanya. Semalam 2 Mac mama terpaksa bawa hana ke hospital KPJ Seremban untuk refer pasal batuk nya yang semakin teruk. Padahal sudah masuk minggu ke itga dia masih belum recover. Mama dah gunakan macam2 pendekatan tapi masuh belum baik juga..so bila mama google tentang infection pada anak bawah 1 tahun..so better mama pergi ke hospital. Sekarang ni macam2 penyakit ada..so takut juga mudarat pada anak-anak mama.

So kena ambil emergency semalam dengan papanya kerana papanya pun kena buat follow up checkup...erm..moga keluarga mama sentiasa sehat dan bahagia.
wajah ceria sementara tunggu Dr sampai

wajah selepas kena suction..bengkak mata nangis..sian dia..



Walaupun semua anak mama menghhadapi masalah yang sama iaitu semput tapi ini first time mama benarkan anak mama kena buat suction..so first kena puasakan dia 2 jam..sian dia merengek nak susu..kemudian mama bagi dia nebulizer..luckily mama mmg ade mesin tu dirumah..malas nak buat kat hospital..mahal caj..then lepas bagi neb terus ke hospital semula untuk jumpa fisioterapi. Tgk fisio tepuk badan dia tu utk tujuan longgarkan lendir di peparu nya..sian juga..kuat juga tapi nampak baby selesa sgt..then mula nak suction..mama dan papa tengok jer..sian juga dia mengangis tuh tapi demi kesihatan nya..mama tgk jerlah..alhamdulillah lepas tu dia ok semula..sedih sekejap..pastu senyum, sebab dah lega..baru mama bagi susu..


Memang memenatkan seharian urusan di hospital jer..tapi mama minta fisio hari jumaat lak.sbb hari khamis mama nak setelkan dulu kerja di pejabat. Next week dah nak audit takut tak sempat nak prepare....alhamdulillah hari ni semua kerja berjalan lancar.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.