Monday, March 14, 2016

Wedding Mak su

Semalam 13 Mac hari perkahwinan mak su disebelah suami..dekat jer..Senawang..so mama dan keluarga bergerak dari rumah jerlah..tak perlu nak balik kg.

Rombongan menghantar ni ramai juga...alhamdulillah..makan pun sedap..semuanya ok..tapi anak mama jer yang tak ok..hana macam tidak sehat sikit..

sebelum balik amik gambar dulu..sebab dah kepanasan..tak larat nak duduk lama2..cuaca sekarang memang menguji kesabaran betul. Terpaksalah gunakan apa2 yang ada untuk meredakan panas nih. Petang balik kampung sebab lepas kenduri tu anak2 semua ngikut mak sedara nak balik kg..mandi sungai...tinggal lah mama ngan papa jer bawak baby balik..so petang kena la balik kg jap..bawak baju budak2 nih..lepas isyak balik Seremban semula..esok nak kerja..penat wehhh..

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.