Thursday, March 3, 2016

1st Suction

Bismillahirrahmannirrahim.. segala puji bagi Allah tuhan yang menyempurnakan hidup mama sekeluarga di dunia ini. Semoga kami sentiasa di bawah rahmatNya selamanya. Semalam 2 Mac mama terpaksa bawa hana ke hospital KPJ Seremban untuk refer pasal batuk nya yang semakin teruk. Padahal sudah masuk minggu ke itga dia masih belum recover. Mama dah gunakan macam2 pendekatan tapi masuh belum baik juga..so bila mama google tentang infection pada anak bawah 1 tahun..so better mama pergi ke hospital. Sekarang ni macam2 penyakit ada..so takut juga mudarat pada anak-anak mama.

So kena ambil emergency semalam dengan papanya kerana papanya pun kena buat follow up checkup...erm..moga keluarga mama sentiasa sehat dan bahagia.
wajah ceria sementara tunggu Dr sampai

wajah selepas kena suction..bengkak mata nangis..sian dia..



Walaupun semua anak mama menghhadapi masalah yang sama iaitu semput tapi ini first time mama benarkan anak mama kena buat suction..so first kena puasakan dia 2 jam..sian dia merengek nak susu..kemudian mama bagi dia nebulizer..luckily mama mmg ade mesin tu dirumah..malas nak buat kat hospital..mahal caj..then lepas bagi neb terus ke hospital semula untuk jumpa fisioterapi. Tgk fisio tepuk badan dia tu utk tujuan longgarkan lendir di peparu nya..sian juga..kuat juga tapi nampak baby selesa sgt..then mula nak suction..mama dan papa tengok jer..sian juga dia mengangis tuh tapi demi kesihatan nya..mama tgk jerlah..alhamdulillah lepas tu dia ok semula..sedih sekejap..pastu senyum, sebab dah lega..baru mama bagi susu..


Memang memenatkan seharian urusan di hospital jer..tapi mama minta fisio hari jumaat lak.sbb hari khamis mama nak setelkan dulu kerja di pejabat. Next week dah nak audit takut tak sempat nak prepare....alhamdulillah hari ni semua kerja berjalan lancar.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.