Tuesday, October 27, 2009

Pertabalan Raja NS




Sempena pertabalan Tuanku Mukhriz sebagai raja NS yang baru, memang banyak event yang diadakan. Mama pun tak lepaskan peluang untuk pergi tengok event yang berlangsung sepanjang bulan pertabalan ini.

Tetapi untuk upacara diraja tuh, just tengok dalam TV jelah sebab kalau pergi kat sana pun bukannya dapek masuk istana pun,,hehehe..rasanyalah..so mama just pergi waktu petang tengok orang ramai dan pertunjukkan pentas serta pameran yang diadakan.

Majlis macam ni memang seronok untuk mama ambil tahu la sebab ini adalah pengetahuan am yang melibatkan negeri kelahiran mama sendiri dan memang tidak dinafikan, adat istiadat yang dijalankan, lain daripada yang lain. Sebab itu dikatakan adat istiadat yang unik. Mama pun suka bawa anak mama ke sana supaya dia faham apa yang berlaku, dan kak long walaupun bukannya tahu tujuan pertabalan itu secara keseluruhan tapi bolehlah sikit2 faham apa yang sedang berlaku. Sampaikan poster diraja yang bertulis "Daulat Tuanku" itu pun dia tanya," Mama, daulat tu maknanya apa?. Tuanku tu apa?"..hehehe..so mama pun explain la asalkan dia boleh faham ikut bahasa budak2 la. Kalau nak citer pasal sistem beraja di NS, rasanya tak tercapai kek akal dia kot..hehehe...

Mama ada ambil gambar skit2 masa kat sana, nanti kalau ada masa mama masukkanlah. Kalau ikutkan, hari Isnin mama kena kerja sebab still follow Selangor punya kalendar, tapi mama ambil cuti la. Sebab mama minat juga nak ambil tahun tentang isu2 macam ni sebab jarang nak diketengahkan kecuali ada peristiwa. Ok, nak sambung kerja sebab semalam dah cuti so kerja untuk mama pun sudah bertambah.

Sunday, October 18, 2009

Lamanya..

Lama rasanya mama tak update blog nih. Mama tak sempat nak online sejak masuk kerja lepas raya hari itu, macam2 hal nak kena siapkan. Tambahan pula mama tengah prepare untuk berpindah ke kolej baru mama. Tak menang tangan dibuatnya. Disamping itu sibuk dengan urusan rumahtangga pun iya jugak.

Alhamdulillah kesihatan mama bertambah baik sebab ketumbuhan di dalam perut mama sudah mengecut, so insyaAllah tiada yang membahayakan kandungan mama nih. Harap2 tiada apa2 lagi berlaku hingga mama dapat bersalin nanti. Tapi yang pasti mama sentiasa kena refer specialist la sebab ni confirm operation kali ke-3 cuma tak tahu condition selamat ke untuk kali ke-4 atau terus stop jer..hehehe..mama pun tak tahu...

Anak-anak pun sihat semua cuma 2 minggu lepas mama dan anak2 macam kehilangan papanya sekejap. Maklumlah masa 2 minggu lepas papanya sibuk dengan pilihanraya di PD. Tempat kampung dia so papa memang minat tentang politik malaysia nih, so mama dan anak2 kerap kena tinggallah. Rasa sedih juga tapi nak buat macamana dah itu minat dia. Takpelah lagipun sekarang ni, everything become normal again..alhamdulillah.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.