Sunday, October 18, 2009

Lamanya..

Lama rasanya mama tak update blog nih. Mama tak sempat nak online sejak masuk kerja lepas raya hari itu, macam2 hal nak kena siapkan. Tambahan pula mama tengah prepare untuk berpindah ke kolej baru mama. Tak menang tangan dibuatnya. Disamping itu sibuk dengan urusan rumahtangga pun iya jugak.

Alhamdulillah kesihatan mama bertambah baik sebab ketumbuhan di dalam perut mama sudah mengecut, so insyaAllah tiada yang membahayakan kandungan mama nih. Harap2 tiada apa2 lagi berlaku hingga mama dapat bersalin nanti. Tapi yang pasti mama sentiasa kena refer specialist la sebab ni confirm operation kali ke-3 cuma tak tahu condition selamat ke untuk kali ke-4 atau terus stop jer..hehehe..mama pun tak tahu...

Anak-anak pun sihat semua cuma 2 minggu lepas mama dan anak2 macam kehilangan papanya sekejap. Maklumlah masa 2 minggu lepas papanya sibuk dengan pilihanraya di PD. Tempat kampung dia so papa memang minat tentang politik malaysia nih, so mama dan anak2 kerap kena tinggallah. Rasa sedih juga tapi nak buat macamana dah itu minat dia. Takpelah lagipun sekarang ni, everything become normal again..alhamdulillah.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.