Wednesday, December 28, 2016

Cuti 2016

Bawa anak jalan-jalan setakat yang mampu nak jalan hujung tahun ni. Perjalanan bermula dari 10 - 16 Disember 2016 merentasi negeri-negeri disemenanjung Malaysia.

Perjalanan bermula di MAHA, Serdang
Naik kuda kita di MAHA
Dari Serdang bergerak ke Kuantan, tido di sana kemudian bergerak ke K. Terengganu, jalan-jalan sebentar sahaja. Petangnya gerak pula ke Kota Bharu


Kenangan di Kota Bharu yang tujuan utama untuk ziarah guru yang telah uzur. Moga cepat sembuh
Dari Kelantan kita ke Penang menaiki Bukit Bendera sebab belum naik lagi. Jalan2 atas bukit tu sampai petang, malam makan pasembor di Padang Kota Lama then grak turun ke Taiping.
  


 Finally kami ke Zoo Taiping hingga petang, then bergerak balik ke Port Dickson 



 Percutian ini memang melibatkan perjalanan yang jauh tapi anak-anak happy. Banyak rumah kawan2 yang kami tidak singgah sebab nak kejar masa. Jam 2 pagi sampai PD then esoknya jam 9.00 pagi terus menghadiri kursus haji di masjid Kg. Paya. Itulah catatan ringkas percutian tahun ini. Ahadnya preparation beli baju sekolah anak dan balik Seremban,,kemas rumahh..arggghhh..





Rukun Haji 2017

Bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan rahmat kasih sayangnya mama dan papa mendapat tawaran menunaikan ibadah haji tahun hadapan. Kursus haji sudah bermula 17 Disember yg lalu..semuanya memerlukan persediaan mental dan fizikal dari awal lagi. Mama hanya mendoakan segala yang terbaik untuk memastikan urusan haji dipermudahkan. Anak2 sentiasa di bawah jagaan keluarga dan sehat sentiasa sepanjang ketiadaan mama papa nanti.

Kesihatan diri perlu dijaga dan doa yang tidak putus kumohon kepada Allah supaya hubungan suami isteri ini sentiasa terpelihara, tiada persengketaan, dapat kami bersama2 mensucikan diri dan sentiasa sehat walafiat sepanjang mengerjakan ibadah haji kelak. Jauhilah kami dari sebarang musibah dan dugaan yang besar dan kurniakan kami kesabaran yang tinggi dan dapat melaksanakan ibadah ini dengan sempurna.

Ibadah umrah yang telah kami kerjakan pada 2012 dahulu membuatkan mama berazam untuk membuat yang lebih baik apabila dijemput tahun 2017 ini. Kepada Allah kami berserah dan memohon pertolongan.

Tuesday, December 27, 2016

14th Anniversary

Bismillah..syukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan kepada mama sekeluarga. Dikhabarkan hari ni genap 24 tahun usia perkahwinan kami..tiada sambutan yang meriah..hanya doa dan harapan yang dibacakan semoga keluarga ini sentiada dirahmati Allah SWT hingga akhir hayat kami.

Pelbagai persediaan kami akan buat untuk menghadapi tahun 2017.  Mama pun sudah reward kan diri ini selepas penat bekerja tahun 2016 ini. Tiada yang istimewa hanya beg pilihan hati menjadi penutup shopping 2016 ini. Hadiah anniversary nanti kita update lain waktu ok.


Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.