Saturday, February 20, 2010

kursus Pendek

Hari ini kolej mama ada mengadakan kursus pendek. Mama terlibat dengan kursus asas komputer untuk kanak-kanak. Tapi mama tak larat nak mengajar just jadi pembantu jer. Mama duduk belakang tolong tengokkan masa kawan mam mengajar. Kalau mama nak mengajar, ada yang termengah2 kat depan tuh nanti.

Walaupun keadaan mama sarat sekarang ni, tolong mana2 yang patut jerlah. Actually mama dah turun tanda, tapi tak pergi refer kat hospital lagi. Takpelah, rasanya ketul2 warna coklat tuh tanda awal kelahiranlah, dan kalau dah sakit mama baru nak call doktor. Lagi satu apa yang mama kena alert kalau baby tak bergerak, so far baby bergerak macam biasa. Berdebar jugak rasanya nak bersalin nih, mama asyik mimpi jer..hehehe...macam2 lah.

kursus ni maybe habis tengahri kot. Mama pun rasa tak laratlah, biasalah kalau mengajar budak2 nih, lain kita surah buat, lain dibuatnya. Lepas tuh macam2 lah problem, keluar macam2 error kat pc tuh. Tadi mama dah geram sngat, ada la sorang dua yang kena marah ngan mama, so mama kata jgn gerak2 dari kerusi tuh, duduk samapai habis belajar. Barulah nak dengar cakap. mama tak kiralah anak sesapa pun, asalkan dah blaja ngan mama, semuanya kena. memang seronok experience ngan kanak2 nih tapi dari segi kederat tulah yang tak laratnya. Takpelah janji ape yang kita nak ajar diaorang boleh buat. Lepas habis kursus ni, maam balik rumah la, sian papa jaga kak long ngan adik kat rumah. Ntah makan apa tengahari nih sebab mama takde kat rumah. Untuk kursus esok, mama tak hadir lah, minta staf lain ganti, tak larat mama nak datang hari2 ke kolej macam nih. Badan pun dah berat..erm..insyaallah harap2 semuanya selamat.

Friday, February 12, 2010

Pemilihan Tarikh

Lately, mama sibuk menyiapkan kerja yang tertangguh dan prepare dokumen yang perlu sebelum mama deliver nanti. Kalau ikutkan tarikh yang dipilih awal mac ni, tapi kena tengok dulu. Kerja di kolej ini pun tak selesai lagi. Risau pula mama sebab nak tinggalkan kerja, takde orang nak incharge sebab kolej mama baru lagi so staf pun terhad. Tapi dengarnya bulan Mac ni ada 3 org pensyarah baru masuk, maybe salah seorang kena tolong backup kerja mama ni sementara mama cuti 2 bulan nanti.

Cakap pasal tarikh nak deliver nih, asalnya nak ambil 26 Februari ni sempena Maulud Nabi, tapi bila dikira mama cukup2 9 bulan waktu nih. Lepas tuh doktor mama pun kata kena tengok baby dulu available tak untuk deliver tarikh tuh. Kemudian nak pilih 1 Mac sempena birthday atuk PD nya..kira hadiah birthday lah dapat cucu sorang lagi, tapi tengok keadaan macamana nanti. Doktor rekemen 5 Mac sedang elok untuk deliver. Erm nak pilih tarikh pun susah ekk.. Actually due mama 20 Mac tapi mama planning nak operate 14 Mac sempena birthday mak mama di kampung tapi mengenangkan keadaan mama yang macam nih better cepatkan tarikh tuh. Itu yang pening nak tentukan tarikh bersalin.

Kalau ikut history mama 2 org anak sebelum nih, memang mama awal 2 minggu drpd tarikh jangkaan sebab air mentuban dah pecah dulu dirumah. So mama rasa kali ni pun tak sampai 20 Mac mesti mama dah kena bersalin. Bezanya kali nih mama tak tunggu dalam labour room macam dulu tapi terus tetapkan tarikh untuk operation. No choice la lagipun mama macam fobia mengenangkan dulu sampai 12 jam dalam labour room tapi tak besalin juga..last2 kena operate. Takde rezeki lah namanya tuh..takpelah mungkin ada hikmat Allah tetapkan macam tuh, mama redha jelah.

Tuesday, February 9, 2010

Kelahiran

Tetiba ternampak pula gambar nih. Isk ngeri pulak rasanya kalaulah perut mama boleh nampak macam nih..hehehe.. mama cari imej untuk tugasan student nih, lain pulak yang keluar. Tahulah kita nih menunggu masa nak bersalin, macam2 lah.
Mama ada baca tentang mimpi yang bakal ibu yang akan melahirkan anak. terdapat pelbagai jenis mimpi dan yang pasti semua itu adalah hasil daripada keresahan setiap ibu yang ingin menjalani proses bersalin. Kadang2 logiknya. mama takde pun fikirkan sgt macamana bersalin nanti, tapi memang perasaan itu datang sendiri.
Masa mama blaja dulu, suka sangat dengan kartun tweety nih. tu pasal cadar bilik memang ada cadar tweety nih, sampai sekarang masih ada lagi. Bolehlah dipakai cuma warna cadar dah pudar sikit lah. Mengenangkan time blaja dulu. giler betul tengok koleksi peralatan yang berasaskan tweety nih. Mama nak beli tak mampu pula, yelah time blaja semuanya harap bantuan pinjaman daripada mana2 pihak yang sudi meminjamkan. Nak beli benda2 macam ni, alamat tak makanlah masa duduk UTM dulu..hehehe..

Kawan mama si Nurul tu dulu masa time study dia pun suka tweety dan dia citer masa dia lahirkan anak sulongnya wafa, tembam pipi macam burung tweety tuh. Mak dia pun cakap suka sgt kat kartun tuh, anak pun dapat pipi macam burung tweety...hehehe..tapi sekarang anaknya dah besar jadi anak dara dah. Mama tak tahulah yang dlm perut nih besok rupa sapa pula. Dua orang anak dara mama semuanya ikut papa dia, yang ketiga nih tak tahulah. Mama tak kisah, asalkan sempurna, sihat dan family bertambah. Maklumlah mama confirm caesor jugak kali nih. So berdoa jerlah semoga semua proses kelahiran nanti tiada masalah. Maybe awal Mac ni mama deliver lah. InsyaAllah.

Saturday, February 6, 2010

Hujung minggu di PD

Memandangkan mama mc semalam sebab kena refer ke kpj pula. Kena test urine so resultnya as usual i have to take more water. Perkara ini normal bagi ibu yang sudah dihujung kehamilan so kena control jerlah. Takleh nak minum banyak sangat minuman manis, erm,,,mamapun buat jerlah mana yang boleh.

Sekarang ini musim panas, nak elak minum air sejuk pun payah juga. Kalau tak minum kepanasan pulak. Anak-anak pun sama kena batuk selsema, tapi kalau time panas tuh taknak bagi air sejuk kesian pula. Entahlah, kena pandai2 lah jaga camne nak bagi jgn terlebih sgt.
Ini pun nasib baik adik tak kena semput dengan kakak. So just bagi ubat jerlah sebab kalau kakak ok skit dia nak makan madu tapi adik tak mau la. Nak paksa dia dah besar, tak maunya.


Oklah, nak tidur jap. Penat duduk lama2, so lepak jerlah kat pd nih. Takde jemputan mana2 kenduri pun. Mama pun bukannya larat nak jalan2 ke mana-mana. Cuma pagi tadi jer pergi beli skit barang baby, mana yang tak cukup jer, selebihnya pakai yang dah ada.

Wednesday, February 3, 2010

Mula kerja

Lega rasanya bila dah boleh mula bekerja walaupun keadaan badan masih tak kuat sangat. Actually mama risau kalau lama sangat mc nih. Ntahlah takut banyak benda yang tak settle nanti. Hari ini bos belum masuk lagi, masih di Sabah maknanya esok baru muncul kot. Biorlah, mama pun dah lama mc, risau gak kalau bos bising nanti. Tapi kalau dah time sarat macamni, memang takleh nak jangka.

Nasib baik kawan mama, kak zai bawa mama pergi berurut kat kg mak dia di Rembau nih. Mama ikut jerlah asalkan boleh kurangkan sakit mama nih. Alhamdulillah, sedap juga uwan tu urut dan memang confirm la baby tuh terperusuk kat pangkal peha mama. Patut lah sakit sangat sampai mama nak angkat kaki pun susah. Hari ni nak drive tadi pun risau juga, tapi rasa2 jerlah. Kalau macam nak kebas ke, berhenti la kat mana2. Sebab tu mama prefer ikut highway jer, cepat skit sampai.

Lepas berurut tadi, balik semula ke opis. Kalau ikutkan banyak nak kena siapkan sebelum mama cuti bersalin hujung bulan nih atau awal bulan depan. Tapi nak start tuh yang blurr skit, mana nak diusik dahulu. Hehehe..banyak kerja susah, kalau takde kerja lagi susah. Takpelah bak kata hubby buat slow2 jangan paksa diri. Kalau dah tak larat, stop esok sambung kerja. Erm, oklah, mama pun nak kemas, sebab dah petang time to go home. Bos takde dapeklah balik awal kalau tidak macam2 hal nak dibuatnya time orang nak habis office hour nih. Harap selamat sampai rumah nanti, maklumlah petang2 nih jammed slalu.

Tuesday, February 2, 2010

My 33rd Birthday

Kek birthday yang sempat beli petang lepas checkup di klinik.
Potong kek di rumah mak...hehehe.. (balik kg jap)
Alhamdulillah, mama masih dapat meneruskan perjalanan hidup ini apabila genap 33 tahun pada hari ini. Pagi lagi kak long dah wish mama tapi papa biasolah..lupo manjang sebab mama dari minggu lepas tak sihat. Hari ini pun mama masih mc lagi. InsyaAllah esok baru mula kerja. Tak tahulah macamana nak kerja sebab kaki mama problem sikit nak bergerak. Menurut dr masalah saraf waktu pregnant ni antara yang tidak dapat dirawat kerana pembawakan semasa pregnant. Nasib baik mama sakit ketara sangat bila dah masuk 8 bulan, ada orang awal mengandung dah bermasalah macam ini. 2 orang hero mama..anak mama nih...anak susuan...

Hari ini mama kena pergi check up juga so ada problem lah...kena refer pakar 17hb nih. Nak buat macamana sebab berat dah naik sangat, ada glukos skit pastu ngan masalah urine lagi. Ntahlah mama tawakal jer asalkan anak dalam kandungan ok dan mama akan bertahan sampai deliver nanti.
2 orang heroin mama...tak sabar nak makan kek

Jumaat lepas mama mc dan kena cucuk steroid untuk matang peparu bayi, mama ada problem pagi tuh. Kaki memang tak boleh nak diangkat dan pergi KPJ jumpa dr yang biasa mama checkup tu, ada gula dan kuman skit. So better cucuk steroid, sakittttttttttnyaa..mama ingatkan tak sakit, esok pagi Sabtu kena cucuk sekali lagi. Erm, ngeri betul rasanya..tapi bila hari sabtu tengok condition mama, dr bagi mc lagi sampai hari ini. Mama pun rasanya memang tak larat nak bergerak lebih2, kalau berdiri lama2 kaki kebas pastu nak jalan macam tak boleh.

So birthday kali ini berbeza sikit la mengenangkan keadaan mama macam nih. Mungkin effect mama mengangkat barang minggu lepas ditempat kerja, sebab terlebih rajin mengemas bilik. Last2 sakit semua badan, apa lagi kena leter la ngan cik abang. Maybe mama deliver awal Mac ni, dan dr pun kata tak payah tunggu lama2 sebab mama pun macam dah tak larat. Macam2 hal skang nih, nak kerja pun susah. Hopefully semuanya selamat nanti.

Sempena birthday nih, mama doakan keluarga mama sentiasa berada di dalam keadaan selamat dan dimurahkan rezeki tambahan pula nak tambah ahli keluarga nih. Sempat jugak la beli kek tadi lepas balik dari klinik. SO malam ni boleh potong kek, excited anak2..luv u all..





Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.