Wednesday, February 3, 2010

Mula kerja

Lega rasanya bila dah boleh mula bekerja walaupun keadaan badan masih tak kuat sangat. Actually mama risau kalau lama sangat mc nih. Ntahlah takut banyak benda yang tak settle nanti. Hari ini bos belum masuk lagi, masih di Sabah maknanya esok baru muncul kot. Biorlah, mama pun dah lama mc, risau gak kalau bos bising nanti. Tapi kalau dah time sarat macamni, memang takleh nak jangka.

Nasib baik kawan mama, kak zai bawa mama pergi berurut kat kg mak dia di Rembau nih. Mama ikut jerlah asalkan boleh kurangkan sakit mama nih. Alhamdulillah, sedap juga uwan tu urut dan memang confirm la baby tuh terperusuk kat pangkal peha mama. Patut lah sakit sangat sampai mama nak angkat kaki pun susah. Hari ni nak drive tadi pun risau juga, tapi rasa2 jerlah. Kalau macam nak kebas ke, berhenti la kat mana2. Sebab tu mama prefer ikut highway jer, cepat skit sampai.

Lepas berurut tadi, balik semula ke opis. Kalau ikutkan banyak nak kena siapkan sebelum mama cuti bersalin hujung bulan nih atau awal bulan depan. Tapi nak start tuh yang blurr skit, mana nak diusik dahulu. Hehehe..banyak kerja susah, kalau takde kerja lagi susah. Takpelah bak kata hubby buat slow2 jangan paksa diri. Kalau dah tak larat, stop esok sambung kerja. Erm, oklah, mama pun nak kemas, sebab dah petang time to go home. Bos takde dapeklah balik awal kalau tidak macam2 hal nak dibuatnya time orang nak habis office hour nih. Harap selamat sampai rumah nanti, maklumlah petang2 nih jammed slalu.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.