Tuesday, February 2, 2010

My 33rd Birthday

Kek birthday yang sempat beli petang lepas checkup di klinik.
Potong kek di rumah mak...hehehe.. (balik kg jap)
Alhamdulillah, mama masih dapat meneruskan perjalanan hidup ini apabila genap 33 tahun pada hari ini. Pagi lagi kak long dah wish mama tapi papa biasolah..lupo manjang sebab mama dari minggu lepas tak sihat. Hari ini pun mama masih mc lagi. InsyaAllah esok baru mula kerja. Tak tahulah macamana nak kerja sebab kaki mama problem sikit nak bergerak. Menurut dr masalah saraf waktu pregnant ni antara yang tidak dapat dirawat kerana pembawakan semasa pregnant. Nasib baik mama sakit ketara sangat bila dah masuk 8 bulan, ada orang awal mengandung dah bermasalah macam ini. 2 orang hero mama..anak mama nih...anak susuan...

Hari ini mama kena pergi check up juga so ada problem lah...kena refer pakar 17hb nih. Nak buat macamana sebab berat dah naik sangat, ada glukos skit pastu ngan masalah urine lagi. Ntahlah mama tawakal jer asalkan anak dalam kandungan ok dan mama akan bertahan sampai deliver nanti.
2 orang heroin mama...tak sabar nak makan kek

Jumaat lepas mama mc dan kena cucuk steroid untuk matang peparu bayi, mama ada problem pagi tuh. Kaki memang tak boleh nak diangkat dan pergi KPJ jumpa dr yang biasa mama checkup tu, ada gula dan kuman skit. So better cucuk steroid, sakittttttttttnyaa..mama ingatkan tak sakit, esok pagi Sabtu kena cucuk sekali lagi. Erm, ngeri betul rasanya..tapi bila hari sabtu tengok condition mama, dr bagi mc lagi sampai hari ini. Mama pun rasanya memang tak larat nak bergerak lebih2, kalau berdiri lama2 kaki kebas pastu nak jalan macam tak boleh.

So birthday kali ini berbeza sikit la mengenangkan keadaan mama macam nih. Mungkin effect mama mengangkat barang minggu lepas ditempat kerja, sebab terlebih rajin mengemas bilik. Last2 sakit semua badan, apa lagi kena leter la ngan cik abang. Maybe mama deliver awal Mac ni, dan dr pun kata tak payah tunggu lama2 sebab mama pun macam dah tak larat. Macam2 hal skang nih, nak kerja pun susah. Hopefully semuanya selamat nanti.

Sempena birthday nih, mama doakan keluarga mama sentiasa berada di dalam keadaan selamat dan dimurahkan rezeki tambahan pula nak tambah ahli keluarga nih. Sempat jugak la beli kek tadi lepas balik dari klinik. SO malam ni boleh potong kek, excited anak2..luv u all..





No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.