Friday, February 12, 2010

Pemilihan Tarikh

Lately, mama sibuk menyiapkan kerja yang tertangguh dan prepare dokumen yang perlu sebelum mama deliver nanti. Kalau ikutkan tarikh yang dipilih awal mac ni, tapi kena tengok dulu. Kerja di kolej ini pun tak selesai lagi. Risau pula mama sebab nak tinggalkan kerja, takde orang nak incharge sebab kolej mama baru lagi so staf pun terhad. Tapi dengarnya bulan Mac ni ada 3 org pensyarah baru masuk, maybe salah seorang kena tolong backup kerja mama ni sementara mama cuti 2 bulan nanti.

Cakap pasal tarikh nak deliver nih, asalnya nak ambil 26 Februari ni sempena Maulud Nabi, tapi bila dikira mama cukup2 9 bulan waktu nih. Lepas tuh doktor mama pun kata kena tengok baby dulu available tak untuk deliver tarikh tuh. Kemudian nak pilih 1 Mac sempena birthday atuk PD nya..kira hadiah birthday lah dapat cucu sorang lagi, tapi tengok keadaan macamana nanti. Doktor rekemen 5 Mac sedang elok untuk deliver. Erm nak pilih tarikh pun susah ekk.. Actually due mama 20 Mac tapi mama planning nak operate 14 Mac sempena birthday mak mama di kampung tapi mengenangkan keadaan mama yang macam nih better cepatkan tarikh tuh. Itu yang pening nak tentukan tarikh bersalin.

Kalau ikut history mama 2 org anak sebelum nih, memang mama awal 2 minggu drpd tarikh jangkaan sebab air mentuban dah pecah dulu dirumah. So mama rasa kali ni pun tak sampai 20 Mac mesti mama dah kena bersalin. Bezanya kali nih mama tak tunggu dalam labour room macam dulu tapi terus tetapkan tarikh untuk operation. No choice la lagipun mama macam fobia mengenangkan dulu sampai 12 jam dalam labour room tapi tak besalin juga..last2 kena operate. Takde rezeki lah namanya tuh..takpelah mungkin ada hikmat Allah tetapkan macam tuh, mama redha jelah.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.