Tuesday, February 9, 2010

Kelahiran

Tetiba ternampak pula gambar nih. Isk ngeri pulak rasanya kalaulah perut mama boleh nampak macam nih..hehehe.. mama cari imej untuk tugasan student nih, lain pulak yang keluar. Tahulah kita nih menunggu masa nak bersalin, macam2 lah.
Mama ada baca tentang mimpi yang bakal ibu yang akan melahirkan anak. terdapat pelbagai jenis mimpi dan yang pasti semua itu adalah hasil daripada keresahan setiap ibu yang ingin menjalani proses bersalin. Kadang2 logiknya. mama takde pun fikirkan sgt macamana bersalin nanti, tapi memang perasaan itu datang sendiri.
Masa mama blaja dulu, suka sangat dengan kartun tweety nih. tu pasal cadar bilik memang ada cadar tweety nih, sampai sekarang masih ada lagi. Bolehlah dipakai cuma warna cadar dah pudar sikit lah. Mengenangkan time blaja dulu. giler betul tengok koleksi peralatan yang berasaskan tweety nih. Mama nak beli tak mampu pula, yelah time blaja semuanya harap bantuan pinjaman daripada mana2 pihak yang sudi meminjamkan. Nak beli benda2 macam ni, alamat tak makanlah masa duduk UTM dulu..hehehe..

Kawan mama si Nurul tu dulu masa time study dia pun suka tweety dan dia citer masa dia lahirkan anak sulongnya wafa, tembam pipi macam burung tweety tuh. Mak dia pun cakap suka sgt kat kartun tuh, anak pun dapat pipi macam burung tweety...hehehe..tapi sekarang anaknya dah besar jadi anak dara dah. Mama tak tahulah yang dlm perut nih besok rupa sapa pula. Dua orang anak dara mama semuanya ikut papa dia, yang ketiga nih tak tahulah. Mama tak kisah, asalkan sempurna, sihat dan family bertambah. Maklumlah mama confirm caesor jugak kali nih. So berdoa jerlah semoga semua proses kelahiran nanti tiada masalah. Maybe awal Mac ni mama deliver lah. InsyaAllah.

1 comment:

Anonymous said...

bykkan berdoa pada ALLAH..minta maaf pada sesiapa yg pernah awak buat salah siti

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.