Wednesday, September 30, 2009

Happy Birthday Kak Long

Hari ini 30.09.09 adalah 6th birthday for kak long. Mesti dia lupa sebab dari minggu lepas sibuk tanya "mama birthday odah bila?" so mama cakap "minggu depan, hari Rabu, nanti mama beli kek untuk kak long, ok??".

Pagi tadi mama dah kelam kabut bangun lambat so lupa nak wish birthday dia, padahal pagi tadi lepas solat mama dah teringat nak wish kat dia. Erm takpela balik nanti mama buat surprise sebab mama dah minta papa tolong belikan kek untuk dia. Kebetulan papa pun balik awal sikit tapi bukan sebab apa pun, papanya nak pergi Bagan Pinang pulak. Sibuk jer dia dengan persiapan pilihanraya ni macam dia nak bertanding. Mama pun tak faham tapi kalau tanya banyak kang dia kata " tak payah ambil tahu sangat, mama kerja gomen..duk diam2 jer lah"..hehehe.. mama pun maleh la nak tanya lagi...

Tapi yang penting mesti celebrate birthday kak long, nanti sedih dia sebab mesti dia teringat masa celebrate adik dia punya birthday 09.09.09 hari tuh. Erm tu la dia kalau dah faham sangat konsep sambut birthday nih. Bulan yang sama so masih fresh lagi ingatan dia dengan birthday adiknya. Semoga kak long menjadi anak yang solehah dan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat, amin.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.