Sunday, November 8, 2009

Aktiviti Mama

Jumaat pagi mama dah kena ke UPM untuk select buku yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam library kolej mama yang baru nih. Jenuh juga memilih buku tuh tapi ambil jerlah mana yang sesuai. Sebab student kolej mama bukan level budak U so kena sesuai la bahan rujukannya. Nak ambil yang advanced sgt pun tak boleh, nanti tak dibaca, rugi pula.

Mama kena habiskan sebanyak RM 75K dalam masa 2 hari ini. Lokasi pemilihan buku semuanya area selangor dan KL jer sebab kebanyakkan gedung buku yang besar di sana. So mama turun 3 orang untuk selesaikan pemilihan tuh cuma segala perbelanjaan penginapan dan makanan ditangguung oleh syarikat yang mengedarkan buku di kolej.

Lepas UPM ,mama bertolak ke KLCC pula untuk pilih buku di Konikuya (maybe wrong spelling..hehehe.) untuk dapatkan buku import pulak. Wuih mahal giler buku2 disitu tapi bagus bukunya. So mama pilih la walaupun mahal takpe sebab banyak peruntukan duit untuk buku2 nih. Mama grab juga beberapa buku pengetahuan am yang menarik, memang mahal tapi rasanya berbaloi kalau ada dilibrary kolej nanti.

Lepas pilih buku di KLCC, mama minta sykt hantar ke hotel dulu sebab dah penat sgt. So lepak kat hotel Grand Season, semuanya ditanggung beres so lepak jerlah. Makan pun boleh tahan mahalnya dihotel tuh, mama order lah yang jarang dimakan..hehehehe... So lepas asar mama keluar semula untuk ke Mid Valley pulak..MPH la..pilih buku kat situ pulak..penuh 2 troli mama ngan kawan2 mama pilih. Itupun masih belum mencukupi,. Sampai waktu maghrib, mama solat dulu di sana, pastu balik hotel sebab letih sgt. Dalam keadaan badan macam nih, meang tak tahan berdiri lama2..sakit perut jadinya...malam lepas mandi dah puas lepak kat bilik baru call untuk order makan ke bilik. Maleh nak turun cafe sebab letih sgt so makan kat bilik jerlah.

Esok pagi lepas breakfast, ke Selayang pulak, ada gedung buku besar di sana. Lenguh badan memilih buku disitu..tak larat nak round semuanya tapi berbaloi la..dapat pilih yang sesuai. Dah tengahari mama ke Pandan Indah, last sykt distributor yang mama pilih buku. Sebab rasa nak muntah tengok buku2 nih..banyak sgt. Lepas selesai dalam pukul 3, so mama minta org sykt tu hantar mama dan kawan mama balik Seremban. Jam juga jalan gara2 game bola malam tu,,piala Malaysia..papa dah confirm berkonvoi punya. Bila mama call dia dah sampai Bukit Jalil. Erm..suka hati la bang...

Sampai rumah, bersiap balik PD sebab anak kat sana..penat giler tapi tengok bola dulu..baru tidur...

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.