Wednesday, June 9, 2010

Jalan-jalan

Cuti sekolah sudah bermula, maknanya aktiviti semakin rancaklah. Mama ngan papa duk pikir mana nak bawa kak long jalan2. Dia cakap cuti skolah nak jalan, boring duduk rumah. Mama papa kerja pulak, so plan nak bawa juga jalan-jalan.

Minggu ni mungkin mama papa bawa anak2 jalan-jalan ke Kelantan. Papa punyaa suggestion lah nih, insyaAllah kalau ada rezeki, ke sana la kami sekeluarga bercuti. hotel pun mama dah booking, memandangkan cuti skolah nih mesti ramai, so kena booking dulu la. Ini sebenarnya plan papa masa mama dalam pantang lagi. Papa kata nak bawa anak2 jalan-jalan lepas mama habis pantang. al maklumlah seronok sgt dapat hero kali nih. So insyaAllah tertunailah hajat papa.

Minggu depan mama ada family day untuk kolej di Rompin, Pahang selama 3 hari. So mama bawa anak2 semua ke Rompin lak bercuti, tapi papa tak dapat cuti so takleh pergi. Maybe mama drive bawa mak mama ngan adik untuk tolong jaga anak2 mama masa kat sana nanti. Lepas balik dari Rompin, papa pulak nak fly to South Africa..ini gara-gara world cup laa... Papa ngan kawan dia memang peraduan so dapat pergi Afrika Selatan tengok world cup. Ermm...rezeki papa lah..seronok dia maklumlah bola mania katakan. Mama cuma doakan papa selamat pergi dan pulang. So seminggu papa takda nanti, mama import mak kampung tolong temankan di Seremban. Mama nak tinggal sorang ngan anak2 tak berani lak rasanya.

Demikianlah slot jalan-jalan mama sekeluarga pada bulan ini..hehehe...

Assalamualaikum, thanks for your comment

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.