Wednesday, January 28, 2009

Machine Auto Car Wash

Cerita kelakar masa mama nak pergi kenduri cukur jambul ke rumah Chuaw kawan baik papa di Kg. Chuah, Port Dickson. Singgah cuci kereta dulu tapi yang auto punya la. Mama seronok sangat tengok aksi anak-anak sebab tak penah masuk dalam machine auto tu lagi. Selalu manual punya cuci je tapi sebab nak pergi kenduri segan pulak kereta Naza papa kotor sangat, dah la warna hitam, kena la cuci sikit.
Proses pertama, free kan gear dan biarkan Neutral la sebab machine tu akan gerakkan kereta sendiri.
Kena tembak dengan snow wash. Adik ngan kakak seronok sangat dia tengok mesin tu buat kerja.Bila dah cuci sabun, baru la masuk mesin lap berbulu ni pulak. Tunggu turn sebab depan ada kereta. Kak long sibuk suruh papanya masuk cepat ke area tu. Kelakar tengok anak-anak mama, sebab selalunya bila papa malas nak cuci sendiri, papa datang sorang-sorang ke sini, tapi kali ini bawa anak-anak.
Moral of the story, lain kali bawak la anak-anak bila nak basuh keta cara malas ni. Mama pun excited juga sebab selalu papa pergi sorang-sorang je. Kereta macam naza ni nak kena ada mood baru rajin nak basuh sebab makan masa la nak mencucinya.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.