Tuesday, September 23, 2014

Hakikat Kehidupan

Mama berkongsi lagi tentang apa yang disampaikan oleh Ustazah Yasmin dalam rancangan The Traveller... berdasarkan satu ayat di dalam surah Al-Hadid..(ayat 20)

       "KNOW THAT THE LIFE OF THIS WORLD IS BUT AMUSEMENT AND DIVERSION AND ADORNMENT AND BOASTING TO ONE ANOTHER AND COMPETITION IN INCREASE OF WEALTH AND CHILDREN LIKE THE EXAMPLE OF THE RAIN WHOSE (RESULTING) PLANT GROWTH PLEASES THE FARMER THEN IT DRIES AND YOU SEE IT TURN YELLOW, THEN IT BECOME (SCATTERED) DEBRIS AND IN THE HEREAFTER IS SEVERE PUNISHMENT AND FORGIVENESS FROM ALLAH AND APPROVAL AND WHAT IS THE WORLDLY LIFE EXCEPT THE ENJOYMENT OF DELUSION"

Maksudnya: Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanya permainan, perhiasan, dan bermegah-megah antara satu sama lain dan persaingan di dalam meningkatkan taraf hidup dan anak-anak, seperti hujan yang menggembirakan para petani, bula hujan turun akan menyuburkan tanaman pekebun itu selepas itu tanaman2 itu mula kering dan hancur, sehingga ia menjadi kuning..dan hancur Selepas semua ini hanya 2 pilihan di alam Baqa'...samada hukuman dari Allah SWTatau Pengmpunan dari Allah dan RahmatNya dan Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu"

Sebagai manusia kita melalui pelbagai fasa di dalam kehidupan yang bermula daripada fasa menjadi bayi hingga ke dewasa. Dalam setiap fasa ada sesuatu yang sangat penting dalam hidup kita. Contohnya :-

Fasa menjadi Bayi atau kanak2.
Perkara yang paling penting pada fasa ini adalah BERMAIN.  So jika kita nak buat bayi kita gembira kita akan beri dia Permainan..Jika kita ingin memakaikan baby kita dgn pakaian yang berjenama supaya nampak comel dan sebagainya...Bayi itu sebenarnya tidak peduli pun..dan hakikatnya kita buat semua untuk diri kita sebagai parent dan juga untuk masyarakat. Tetapi jika anda berikan baby anda toy dia akan gembira kerana itu sahaja keinginannya pada fasa ini, Itulah dunia kanak-kanak.

Peringkat seterusnya "amusement" iaitu Hiburan.
Idea tentang hiburan adalah penting. Ia bukan sekadar tentang bermain, tetapi ia juga tentang dihiburkan. Pada peringkat kehidupan ini dunia adalah tentanghiburan. ini adalah yang penting pada peringkat ini.

Kemudian kita akan dewasa dan tua..

Ayat di atas menyatakan tentang DIVERSION AND ADORNMENT iaitu PERHIASAN (Kelihatan Cantik)

Jika kita perhatikan dalam setiap peringkat dalam hidup, peringkat yang mana kita mengambil berat tentang penampilan kita???
Pada peringkat ini anda akan bersiap paling lama pada waktu pagi. Ia semakin berubah apabila kita berada disekolah yang lebih tinggi. Penampilan anda sgt penting pada peringkat ini.

BOASTING TO ONE ANOTHER (Bermegah-megah antara satu sama lain)
Namun selepas kolej, bermain bukan keutamaan tetapi peringkat ini kita cuba membuktikan diri kita.Ketika mahu masuk kolej, akan bersaing dan bermegah-megah untuk masuk kolej seolah untuk promosikan diri untuk layak masuk ke kolej...

Bila peringkat itu selesai..kita akan berkahwin dan mempunyai anak..
peringkat terakhir dalam kehidupan berdasarkan ayat tersebut..iaitu AND COMPETITION IN INCREASE OF WEALTH AND CHILDREN...
Contohnya persaingan tentang :
Rumah siapa yang paling cantik?
Bagaimana kita hias rumah kita?
Kereta apa yang kita pandu?
kemudian anak kita gunakan untuk bermegah-megah..like apa ijazah yang anak saya dapat..hehehe...
Semua ini menjadi keutamaan kita pada peringkat ini,.

Selepas semua ini..ayat itu menyatakan "LIKE THE EXAMPLE OF THE RAIN WHOSE (RESULTING) PLANT GROWTH PLEASES THE FARMER --(seperti hujan yang menggembirakan para petani, bula hujan turun akan menyuburkan tanaman pekebun itu)

THEN IT DRIES AND YOU SEE IT TURN YELLOW, THEN IT BECOME (SCATTERED) DEBRIS..Allah menyatakan semua peringkat dan perkara yang kita terlibat dengannya dan kehidupan kita yang sentiasa berubah, semua itu adalah seperti hujan yang membuatkan petani gembira buat seketika..tetapi selepas itu tanaman2 itu mula kering dan hancur, sehingga ia menjadi kuning..dan hancur..itulah juga nature of dunia...

Kemudian ayat itu menyatakan apa yang berlaku selepasnya..iaitu PERKARA YANG SEBENAR...

AND IN THE HEREAFTER IS SEVERE PUNISHMENT AND FORGIVENESS FROM ALLAH AND APPROVAL

Selepas semua ini hanya 2 pilihan di alam Baqa'...samada hukuman dari Allah SWT (ya Allah jauhilah daku dari hukuman ini) atau Pengmpunan dari Allah dan RahmatNya.

AND WHAT IS THE WORLDLY LIFE EXCEPT THE ENJOYMENT OF DELUSION
"Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu"

Sebenarnya perkara yang menjadi kehupan kita pada masa ini hanya penipuan kerana ia bukan perkara sebenar. Ini mengajar kita tentang mengubah semula fokus utama kita.

Fokus utama kita sepatutnya adalah perkara yang berlaku di akhir ayat ini..iaitu option kita samada hukuman atau pengampunanNya..

Kita berdoa kepada Allah supaya menjadikan kita kekal fokus sepanjang hidup kita di dunia ini,




No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.