Wednesday, July 22, 2009

Tengok Kolej Baru

Semalam mama dan staf kolej baru pergi tengok bangunan baru kolej. Letih juga round setiap bilik sebab nak tengok kalau ada apa2 yang tidak memuaskan hati boleh report sebelum penyerahan bangunan di buat. So far mama rasa oklah bangunan tu cuma ada sikit jerla nak kena touch-up sikit. Tapi boleh settle rasanya.

Tak sabar nak pindah sana sebab letih la nak berulang dari Seremban ke Serdang ni. Tol pun mahal, mama tak larat jer rasanya lama2 camni. Lain la kalau memang kerja kat sini, takde hal la. Semalam pun bila tengok bangunan tu maybe next week dah boleh pindah. Officially akan beroperasi pada 1 ogos ni tapi masuk awal. Ini merupakan pengalaman berharga buat diri mama sebab mama akan masuk kolej itu dalam keadaan tiada perabot lagi di sana. So pandai2 la camne nak buat kerja nanti.

Tapi alhamdulillah ada kerjasama dari kolej lain yang akan memberikan bantuan sementara kami dapat beroperasi sepenuhnya. Esok mama dan kawan mama kena attend kursus asas kewangan di Masjid Tanah sebab mama dan kawan mama sejak masuk sini, involve dengan kewangan so kena la pergi belajar lagi ape2 yang patut. Tak sangka pula sebab selama ni mama takdela ambil tahu sangat pasal pengurusan kewangan kerajaan ni sebab tahu memanh leceh skit. Tapi kalau kolej baru ni nak ngelak macamana sebab takde orang nak tolong. So mama join jelah lagipun ini pembelajaran yang baik untuk kerja mama.

Sejak pindah ni pun dah jarang mama dapat update blog ni. Sibuk jelah sampai nak buka internet pun takde masa. Tapi takpe bila ada kesempatan mama buka la juga tengok apa2 yang menarik nak dibaca.

Oklah, mama nak siapkan minit mesyuarat pengurusan yang pertama kali dibuat minggu lepas. Hehehe..mama sendiri jer offer nak tulis minit sebab masa tu mama mengantuk so bila bos tanya mama kata takpela biar saya tulis. Lagipun setakat buat minit bukannya susah sangat, ikut jerlah format yang disediakan. Nanti kita citer lagi,,,bye...ada good news tapi nanti la...

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.