Monday, July 13, 2009

Suasana Baru

Bila ada masa untuk berangan tu mama teringat jer kawan2 di kolej lama mama. Seronok bila mengenangkan tempat lama ni. Tapi tak tahulah apa yang berlaku di sana. Harapan mama agar kawan2 mama sentiasa happy dan sihat untuk meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan.

Setiap gangguan atau ancaman yang diberikan oleh pihak lain sebenarnya tidak akan memudaratkan sekiranya kita mengambil langkah bijak untuk mebantu diri-sendiri. Mama tahu kawan yang ingin mengambil tahu masalah kita memang ramai, tetapi tak semuanya ingin membantu untuk menyelesaikan. Sekadar menunjukkan rasa ambil berat tetapi tidak ingin sama2 memberikan inspirasi untuk kita teruskan perjalanan, itu adalah sesuatu yang amat menyedihkan.

Mama tidak faham kadangkala dengan situasi kerja yang mana ada golongan manusia yang bersikap mementingkan diri sendiri dan mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Menganiaya orang lain sebenarnya akan menjerat diri sendiri juga suatu hari nanti. Allah maha berkuasa atas segalanya dan mama tahu jika kita benar, tiada apa yang dapat menghalang kebenaran tersebut suatu hari nanti.

Tempat kerja baru mama memang menyenangkan kerana mereka semua menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Di sini mereka boleh bergaul mesra dengan pengarah-pengarah, ketua pengarah, pengarah kanan dan sebagainya. Itu semua menginsafkan mama bahawa manusia ini sama sahaja. Semuanya terpulang kepada diri sendiri sekiranya anda ingin meninggi diri walaupun tiada kedudukan yang hebat di dalam organisasi. Kenapa kadangkala manusia yang tiada pangkat boleh lebih sombong berbanding mereka yang di atas? Adakah mereka rasa mereka layak untuk bersikap demikian. Rasullulah sendiri insan yang kamil di sisi Allah sentiasa merendahkan diri padahal baginda adalah orang paling berakhlak di muka bumi ini. Tetapi manusia zaman ini walaupun tidak berakhlak masih dianggap hebat dimata mereka yang tidak memikirkan implikasi ke atas organisasi sekiranya mengenengahkan orang sedemikian. Rasullullah pernah mengatakan bahawa, setiap manusia itu dilahirkan sebagai pemimpin kepada dirinya sendiri, dan sekiranya manusia itu ingin memimpin orang lain, pastikan mereka dapat memimpin dirinya ke jalan yang lebih baik. Tetapi sekarang keadaan tidak sedemikian. Adakah ini petanda dunia akhir zaman? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.