Thursday, July 2, 2009

Tempat baru

Semalam merupakan hari pertama mama ditempat kerja baru. By the way this is not my real office, ini HQ bagi kolej mama tapi sementara kolej mama belum mendapat sebarang kelulusan untuk menduduki kolej baru tu, so kena duduk di HQ dulu la. Erm, seronok juga walaupun ramai yang mama tak kenal sangat sebab selama ni just jumpa dalam meeting je, so di sini friendly juga la diaorang. Mama takde la rasa kekok sangat bila bercampur dengan staf di sini, alhamdulillah.

Kerja pulak memang banyak nak kena buat, tambahan pula mama ngan member mama jer pensyarah yang baru masuk, tetapi sudah ada 3 technician. So far mama kena buat sebutharga untuk peralatan pejabat dan akademik. Nak kena buat spec tu, ntah apa la tapi yang penting mama dapat belajar benda baru. Kalau ikut bos mama kata benda ini sulit so kalau bocor mama jugak la yang kena jawab..hehehe.. tapi takpe this is very good learning in my career sekurang2nya bila orang citer pasal kewangan di jabatan kerajaan ni mama boleh la faham sikit.

Buat mama ni mama kena berulang ke Seri Kembangan dari Seremban dan toll about RM 6.30, quite expensive jugak la tapi hopefully by this month mama and team baru kolej mama dapat pindah ke Rembau asap. Itu je mama doa sebab nak berulang hari2 ke sini rasa cam tak mampu je nak tanggung kos toll yang mahal sangat tuh. Tapi bila balik rumah cepat la sampai lebih kurang dalam 45 minit jer. Mama drive dari rumah pukul 7 pagi so dalam 7.50 mesti dah sampai opis.

Semalam mama pergi sarapan ngan staf sini, tapi yang ada just kedai mamak je. Erm, mama ni bukan suka kedai mamak, tapi redah je la itu je pilihan yang ada. Tapi bila tengahari mama lunch kat The Mines. Mama just jalan kaki je lebih kurang 10 minit sampai ikut tunnel bawah tanah tu, hehehe..member sini la yang bawak so banyak choice la.

Oklah, nak sambung semula kerja semalam, tak siap2 lagi. Mata ni rasa dah berpinar tengok senarai peralatan yang nak dibeli tapi bos dah suruh buat jer la. Ok see u next entry, bila ada kesempatan la. Ini pun sebab bos mama keluar..hehehe...so boleh la buka blog kejap.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.