Wednesday, April 29, 2009

Sedikit renungan bersama

IBU UTAMA

A) Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :

Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:
1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.
3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

Beberapa kata renungan:

Orang yang tidak melakukan sholat pada :

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan / kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isya' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
Al-Quran:Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang lain.

KITA SEBENARNYA SUDAH TAHU

1.Kita sebenarnya sudah tahu bahawa kita akan mati tapi masih tetap tertawa dan tidak sedar

2.Kita sebenarnya sudah tahu bahawa dunia akan binasa tetapi masih tetap mencintainya

3.Kita sebenarnya sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu

4.Kita sebenarnya sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta

5.Kita sebenarnya sudah tahu bagaimana azabnya api neraka, tetapi masih melakukan dosa

6 Kita sebenarnya sudah tahu dan mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya

7.Kita sebenarnya sudah tahu dan mengenalpasti syaitan sebagai musuh, tetapi masih mahu mematuhinya

Sudahkan anda mendirikan solat?

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.