Wednesday, May 6, 2009

Jamuan Birthday Angah

Minggu lepas kebetulan semua adik-beradik mama balik kampung. Mama pun ada plan nak buat laksa for the first time, itupun kawan ajarkan. Rupa-rupanya senang je cuma mama je malas nak blaja buat sebelum ni. Erm, seronok juga bila beramai-ramai masak tu. Mama buat laksa, kak long buat roti jalan, kak tih, kak ngah ngan induk nya buat goreng bihun dan sandwich, ada kek lagi nak makan. Memang kekenyangan la dan alhamdulillah family mertua kak tih pun datang untuk memeriahkan keadaan. Itu pun angah (anak kak tih) birthday girl minta atuk Kg. Lonek nya datang.
Angah ni masa lahirnya, mama yang banyak jaga dia. Mama pun sama-sama la berjaga malam sebab kak tih masa pantang lahirkan angah ni badan dia tak sihat sangat. So mama masa tu belum kahwin lagi so tidur ngan baby la dengan mak. Itu yang rapat dengan angah masa dia kecil sampaikan masa mama kahwin dulu pun dia tak nak salam pak lang nya (husband mama la) sebab dia tak suka bila mak langnya ada orang lain. Erm, itu cerita masa dia kecil, dah besar ni ok jer. Shiloh nak sayang baby hasan (anak Saleh)
Mama sempat posing dengan maksunya dan shiloh pun tak lepas peluang.
Lelaki dirumah ni, sambil jamuan sibuk tengok bola NS vs Kelantan. Nasib baik menang so bersemangat la masing-masing. Papa odahiloh tak yah citer la memang melekat je depan tv tuh. Mama la kena hidangkan makanan untuk dia sebab kalau bab bola ni memang takleh runding dah, papa tak nak tertinggal sebarang aksi dalam game tuh.
Birthday girl nak potong kek, sepupunya ramai la duk tumpang sekaki.
Kek birthday angah, sedap rasanya.
Sebelum jamuan, ada bacaan doa selamat sikit yang diketuai oleh Ustaz Salehudin Al-Ayubi..hehehe
Selesai jamuan makan dalam pukul 11 malam. Seronok juga sebab dah lama tak buat makan2. Nasib baik laksa mama menjadi, kuah tak cukup pulak. So next time boleh la mama budget banyak mana nak buat. Semoga Allah sentiasa memberkati dan melindungi keluarga mama dan berilah kami kekuatan untuk menghadapi dugaan hidup ini. Amin.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.