Wednesday, May 27, 2009

Shiloh kena marah lagi..

Malam tadi adik buat perangainya. Biasalah kalau nakkan perhatian lebih tu, ada saje yang dibuatnya. Mama marah adik sebab hempas hp mama, nasib baik ok lagi. So sambil mama membebel kat dia, mama snap la secara tidak sedar rupa shiloh sedih kena marah. Ini keadaannya kalau dah kena marah, mesti nak berkepit kat papanya. Harap papa dapat bela dia la tuh. Tapi papa malas nak campur, kak long la yang beriya memujuk adiknya. Mama nak gelak pun ada juga, tapi tahan je la tengok kerenah dia.
Sudah senyum semula sebab dia tengok mama senyum kat dia. Lepas tu terus peluk mama dan cakap guna bahasa dia. Walaupun mama tak faham tapi rasanya dia nak ambil hati la tu sebab sambil cakap tu siap peluk mama la, cium tangan la...alahai..anak..nak gelak tengok perangai adik nih.
Bila sudah happy, so mula la aktiviti main basikalnya. Semua benda kena ketepi sebab dia nak lalu. Kak long la mangsa sebab dia nak kak long follow je kemana dia pergi. Nasib baik kak long rajin nak layan, mama papa takde la. Tengok berita lagi best..hehehe...ni la kerenah anak mama yang sorang nih..may Allah bless you..
Assalamualaikum, thanks for your comment

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.