Friday, May 8, 2009

Wajah kesayangan

Anak adalah anugerah yang Allah kurniakan ke atas setiap hambanya. Setiap ibubapa perlulah memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak yang dikurniakan. Semoga anak-anakku menjadi anak yang solehah dan sentiasa terpelihara daripada perkara yang mungkar. InsyaAllah, sebagai hamba Allah kita perlu berusaha dan selebihnya Allah yang menentukan.Gambar ini diambil malam tadi sambil menunggu papanya balik kerja. Lepas habis kak long buat homework, so masing-masing mengacau mama baca majalah. Erm, tak boleh duduk diam adiknya sebab nak mama ambil gambar kalau tidak handphone mama dibuat mainnya. Lepas penat posing, perut lapar pula, papa lambat sgt balik so mama suapkan adik kakak makan dulu, kalau tidak banyak ragamnya maklumlah budak bukan boleh tahan perutnya. Lepas diaorang makan baru la mama boleh relaks betul-betul sementara tunggu papanya balik.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.