Monday, May 11, 2009

Hospital Temerloh

Hari minggu, atuk dengan nenek odahiloh ajak pergi ke Hospital Temerloh tengok mak saudara ayah sakit. Kalau dengan mama papa pangkat wan halus namanya, unik kan nama orang dulu-dulu. Wan tu dah lama sakit tapi baru seminggu warded sebab sakit tua la lagipun blood pressure nya tinggi sangat sebab tu terpaksa dimasukkan ke ICU.Actually, ini adalah first time mama ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh ni. Itu yang mama nak ambil gambar hospital ni sebab mama tengok prasarananya memang menarik dan memuaskan. Facilities yang ada pun mama tengok ok lah sebab mama pun dah banyak pergi macam2 hospital. Bila tengok orang sakit tu rasa insaf juga dan bersyukur dengan kurniaan kesihatan yang Allah berikan dan sepatutnya kita menggunakan waktu sihat ini dengan perkara yang baik sebab bila dah terlantar sakit, tiada apa yang mampu kita lakukan.Ini adalah wad ICU yang kebetulan masa mama ambil gambar adik ngan kakak ni pintu automatik tu terbuka...hehehehe.. mama pun dapat masuk dalam juga dengan papa tengok wan halus tu. Bila nak masuk ICU ada peraturannya kena ikut, first mesti 2 org sahaja dalam 1 masa, pastu kena cuci tangan dulu sebelum dan selepas melawat dan ada dinyatakan papan tanda adab2 melawat orang yang sakit ni.
On the way balik, papa ikut jalan lain pulak sebab masa pergi ikut highway karak, bila balik kami pusing la pulak ikut jalan Temerloh ke Bahau tapi papa pintas di Felda Bukit Mendi untuk keluar ke Simpang Durian dan terus ikut Kuala Klawang untuk balik semula ke Seremban. Maknanya tak lalu depan rumah mak mama la.
Singgah dekat Temerloh kawasan kampung di sepanjang Sg. Pahang untuk solat dan papa pergi tengok gerai yang jual ikan Talapia dan Patin. Memang banyak diaorang bela ikan tu tapi harganya pun boleh tahan. Nasib baik papa tak jadi beli sebab mama pun tak gemar sangat ikan patin ni tapi kalau papa dah beli kena juga la masakkan untuk dia.
Permandangan di Sungai Pahang memang menarik dan menternak ikan patin pula menjadi sumber pendapatan sampingan penduduk di kawasan ini. Erm on the way balik, singgah di Jeram Toi, Jelebu kejap, saja cuci mata. Lepas minum petang kat sana barulah bertolak balik ke Seremban. Penat nya tapi oklah dapat pergi jalan2 ngan mak ayah sambil melayan kerenah anak2 nih sebab bila ada atuk nenek nya lagi ngada2 la. Takpelah kak long, adik asalkan bahagia sudah..bye..mama nak pergi kelas pulak.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.