Monday, May 11, 2009

Berendam Kolam Air Panas

Hari Sabtu tiada aktiviti yang merelakskan kepala so mama dan papa decide pergi berendam air panas kat Rembau. Erm, ini adalah kali kedua mama ngan papa bawa anak ke sana, tapi masa first time dulu shiloh tak ada lagi. Papa memang plan nak relaks cuti ni so dia tak nak pergi jauh2 so mama ajak pergi kolam air panas di Pedas, Rembau ni je lah. Tapi memang betul pun bila berendam tu jantung jadi laju sangat dan lama-lama rasa relaks sikit. Walaupun ramai orang tapi takpe yang penting happy. So mama sempat ambil gambar masa kat water park je, kolam air panas tak sempat la sebab shiloh sibuk nak makan roti, dia dah lapar dan mama pula nak pijak batu refleksiologi tu. Memang sakit mula2 tu sebab nak tahan panas air dengan tajam batu , tapi bila dah 2 kali round baru ok skit.
Lepas puas berendam air sejuk, kemudian air panas so mama pergi tukar baju anak2 dulu, kemudian mama lepas tu papa pula. Memang penat sangat bila main air ni tapi tengok muka anak2 happy, kira bahagia juga. At least walaupun mama papa sibuk kerja, ada juga masa untuk spent time dengan anak. Balik rumah dua beradik ni tidur lena sangat dan bila bangun lapar, kena la masak simple jer untuk dinner.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.