Tuesday, May 19, 2009

Pergi Giant Hypermarket

Papa ajak mama pergi Giant nak beli basikal yang ada 2 seat untuk kak long boleh carry adiknya. Basikal yang ada kat rumah tu cuma untuk sorang jer so kak long dengan adik kena bawa sendiri2. Kebetulan pula mama ada voucher giant RM 100 so boleh la mama gunakan untuk beli barang nanti. So lepas maghrib mama papa bawa la dua orang puteri mama. Seronok sangat diaorang sebab selalunya week day memang mama papa takde nak keluar malam, maklumlah letih kerja.
Sampai kat sana mama tengok ramai juga orang. Mama ngan papa ingatkan bila week day ni takde la ramai orang shopping. Erm, takpela time malam2 saje lah orang bekerja ni dapat nak beli keperluan pun.
Ini dekat ruangan barang elektrik. Mama beli DVD player satu sebab yang ada kat rumah VCD player so kak long nak blaja Magic English nya susah la, kena buka kat laptop. So mama beli DVD tu maklumlah ada voucher free, beli je la.
Papa ajak singgah kedai CD dalam Giant tu, katanya nak beli cd lagu rock kapak..hehehe..nak mengimbau nostalgia lama la tuh. Mama pun ambil la satu CD senamrobik, tapi nak bersenamnya entah bila..takpe beli dulu, nanti ada masa mama aerobik la, papa dah senyum2 je tengok cd tu, mesti nak perli mama la tuh.
Adik dah penat duduk dalam troli, so merengek nak keluar, tapi mama kena pegang juga takut dia main cd dalam kedai tu. Itu pun dia sempat gak ambil satu cd dan ketuk2 kat tepi troli tu. Nasib baik tak pecah, nanti tak pasal2 kena bayar, dah la CD citer cina, bukannya faham pun.
Ini di bahagian mainan kanak2 tu la. Tapi basikal yang dicari tidak ditemui, so hampa la harapan 2 orang puteri mama nih. Kak long penat jalan2 nak masuk dalam troli, so papa dia angkat masukkan je.Penat jalan2, kak long nak makan nasi dengan sup. Itu jela menu nya takde benda lain, So singgah restoren makan sebelum balik. Rosak program diet mama sebab papa dah orderkan, isk camne nak kurus ni banyak sangat dugaannya.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.