Tuesday, April 21, 2009

Kak Long Demam

Kak long demam + semput semalam. So mama pun automatik kena la amik cuti. Risau juga sebab dah lama kak long tak kena semputnya. So pagi tu mama biar dia tidur lama skit sebab malam tadi dia tak boleh nak tidur. Badan tak selesa agaknya tapi kak long cuba juga buang kahaknya. Sian pulak mama tengok. So lebih kurang jam 10 pagi dia bangun terus mama siapkan dia untuk bawa pergi klinik. On d way ke klinik kak long sibuk la telefon papanya sebab dia nak ajak papanya hantar ke klinik juga. So papanya pun tunggu la kat klinik, tapi mama ngan kak long sampai dulu, papa sampai kemudian. Seperti biasa la kak long bila doktor check memang kena pakai Nebulizer la. Dan kak long pun dengan happynya pegang nebulizer tu dan dia sedap kata "Sedap la mama, tak sakit dah dada kak long!!". Lega mama dengar dia cakap macam tu.
Lepas keluar bilik terus nak call papanya, bagi tau dada dia tak sakit. Lepas ambil ubat papanya pun sampai, so mama tinggalkan kereta depan klinik ikut papa pergi ambil road tax kereta mama. Lusa nak habis tarikh dah, dan nasib baik siap. Lepas tu pegi lunch ngan papanya kemudian barula mama ambil kereta kat klinik dan drive bawa kak long balik Seremban. Papanya terus masuk kerja semula. Erm sampai rumah, mama pun mulakan operasi membersih rumah, basuh kain, mop lantai, lipat kain, masak untuk makan malam. Selesai semua pergi ambil shiloh kat rumah pengasuh. So malam boleh la mama rehat sebab esoknya nak kerja pulak.
Mama tengok kak long pun dah nampak ok tapi kak long tak sekolah la esok. Biar dia rehat puas2. Mama pun patutnya kena attend meeting kat Melaka, tapi mama cancel la nak pergi takut kak long ape2 hal nanti susah pulak mama nak balik. So today prepare for lecture dan wrapping hadiah for english week. hadiahnya mama dah beli masa pergi PWTC sempena Pesta Buku antarabangsa jumaat lepas.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.